Kesihatan tidak menentu, Ebby Yus jalani rawatan dialisis darah - Utusan Malaysia

Kesihatan tidak menentu, Ebby Yus jalani rawatan dialisis darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengakui, tahap kesihatannya kini tidak menentu menyebabkannya perlu disiplin mengikuti rutin rawatan dialisis darah yang telah ditetapkan pihak hospital terhadapnya.

Menurut Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, dia yang juga baharu keluar daripada hospital tiga hari lalu membuat keputusan untuk menetap sementara bersama kakaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi memudahkan urusan rawatan.

“Alhamdulillah, saya ini pun baru sahaja keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiga hari lalu selepas buat pembedahan memasukkan tiub pada bahagian perut disebabkan komplikasi penyakit buah pinggang dan jantung.

“Sekarang saya sedang jalani rawatan dialisis darah buat sementara waktu menunggu pembedahan saya pulih. Rawatan tersebut saya buat dua kali seminggu.

“Nanti, selepas luka pembedahan pulih, saya akan sambung dengan rawatan dialisis air sebanyak empat kali sehari. Apabila rawatan akan dimulakan, saya perlu jalani latihan terlebih dahulu untuk biasakan diri. Jadi saya akan tinggal di rumah kakak di Port Dickson selama tiga bulan,”katanya.

Selain itu, Ebby berkata, selepas pembedahan dia mengalami beberapa kesan sampingan termasuk berat badan menyusut selain keupayaan bergerak menjadi terbatas.

“Saya boleh bangun dan berjalan macam biasa tetapi tak seperti dahululah. Keadaan saya pun masih lemah sebab baru keluar dari wad.

“Kurus memang kurus, berat badan saya turun dari 72 kilogram kepada 60 kilogram dan saya pun dinasihatkan untuk kawal pemakanan juga,”ujarnya.

Terdahulu, Ebby selamat menjalani pembedahan memasukkan tiub atau kateter pada bahagian perut akibat komplikasi penyakit buah pinggang dihadapinya di HKL pada awal Oktober.

Pada Disember 2023, Abby memamklumkan dia selamat menjalaniu pembedagan memasukkan perentak jantung akibat komplikasi penyakit yang dihidapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya