Jujur, Cik B tak suka ulang tahun kelahiran mama - Cik B - Utusan Malaysia

Jujur, Cik B tak suka ulang tahun kelahiran mama – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan pempengaruh media sosial, Cik B, mengakui tidak begitu menyukai ulang tahun kelahiran ibunya yang juga selebriti popular, Datuk Seri Vida.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, buatnya, sambutan ulang tahun sentiasa mengingatkannya mengenai usia ibunya yang semakin menuju senja.

“Sejujurnya, Cik B tak suka hari jadi mama. Sebab, mama meningkat usia. Tetapi tak mengapa, mama sentiasa muda dan panjang umur,”katanya dalam satu hantaran di Thread hari ini.

Sebelum itu, penyanyi lagu Tolonglah ini juga memuji Vida sebagai seorang ibu tunggal yang sangat hebat dan tabah.

“Mama yang hebat. Seorang ibu tunggal yang paling hebat dan kuat. Terima kasih selalu mendoakan Cik B, bagi apa yang Cik B mahu dan tak pernah cakap tak boleh.

“Mama juga selalu percayakan Cik B, sentiasa tengok Cik B dan Kacak bahagia, sentiasa puji dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk Cik B. Saya sayangkan mama,”ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi sebuah lagi video yang dimuat naik di Instagram milik Vida atau Hasmiza Othman, 53, usahawan berkenaan meluahkan rasa terharu apabila Cik B dan Kacak mengingati ulang tahun kelahirannya.

Menerusinya, Kacak dilihat membawa sebiji kek dan meminta Vida untuk membuat hajat.

Malah, jutawan kosmetik itu turut mendoakan kebaikan untuk anak-anak sempena menyambut ulang tahunnya.

“Di hari kelahiran saya ini, saya mahu doakan kepada anak-anak saya, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, tak tinggal solat. Solat dalam keadaan kita tidak terpaksa dan dilakukan dengan khusyuk.

“Saya nak kejar akhirat dan saya rasa insya-Allah apa yang diperoleh sewaktu di dunia ini hanyalah bonus yang diberikan oleh Allah.

“Semoga hasrat dan impian saya kepada Cik B dan Kacak menjadi anak yang hebat dan berjaya termakbul,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN