Jika perlu jalani IVF pun saya akan lakukan - Fasha Sandha

Jika perlu jalani IVF pun saya akan lakukan – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fasha Sandha, 40, tidak menolak bahawa dia dan suami, Aidil Aziz kini sedang merancang untuk menambah cahaya mata bagi mewarnai lagi kehidupan keluarga mereka.

Menurut Fasha, hasrat tersebut juga perlu direalisasikan memandangkan dia dan suami sudah mengikat perjanjian bersama sejak mendirikan rumah tangga.

Jelas Fasha, berikutan itu, dia tidak kisah andai perlu menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) demi mendapatkan cahaya mata.

“Saya dan Aidil, kami berdua sudah pun menjalani pemeriksaan kesuburan dan pakar perubatan juga memberikan maklum balas yang positif. Itu satu berita yang baik dan membolehkan kami berusaha untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

“Alhamdulillah, kami berdua sihat dan saya pun boleh mengandung secara normal. Tetapi kalau perlu jalani kaedah IVF pun saya akan cuba lakukan sebab menerusinya, kita boleh pilih DNA yang sihat.

“Bukan apa, semua tahu, wanita kalau dah lebih umur 40 tahun, dia kemungkinan berdepan dengan kehamilan berisiko. Jadi, kalau buat IVF mungkin satu kaedah terbaik buat mana-mana pasangan yang nak tambah cahaya mata,” katanya.

Selain itu, jelas Fasha, dia juga yakin usaha itu mampu dilakukan memandangkan rakan artis seperti Rozita Che Wan juga pernah hamil pada usia 40-an.

“Che Ta pun boleh mengandung sewaktu umur 40-an. Jadi, kalau Che Ta pun kuat, Insya-Allah, saya pun boleh,” katanya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma. Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN