Jepun masih kurang kesedaran mengenai isu autisme - Hunny Madu - Utusan Malaysia

Jepun masih kurang kesedaran mengenai isu autisme – Hunny Madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan selebriti media sosial, Hunny Madu, 41, menyifatkan negara Jepun masih belum benar-benar terbuka dalam isu kesedaran mengenai autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD).

Menurut Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, keadaan itu berdasarkan pengalamannya ketika bercuti di negara berkenaan bersama keluarga termasuk seorang anaknya yang autisme.

“Saya suka Jepun dan tak akan pernah berhenti untuk pergi ke sana. Cuma, mungkin selepas ini saya akan pergi dengan suami sahaja tanpa anak-anak kerana pengalaman baru-baru ini tidak menarik.

“Anak saya, Adam Musa adalah seorang kanak-kanak autisme. Saya bawa sebuah kereta sorong untuk anak saya, Mia Celine, manakala satu kereta sorong lagi untuk Adam. Semasa berjalan dan makan di sebuah restoran di Tokyo, Adam kadangkala menjerit termasuk berkelakuan aktif di luar kebiasaan.

“Jadi, saya cuba tenangkan dia dan cakap kepadanya supaya jangan buat. Ibu saya pun turut sama mencuba menjelaskan keadaan anak saya itu kepada semua dengan hasrat mereka memahami bahawa cucunya autisme,”katanya.

Hunny membuat luahan itu menerusi satu hantaran video di Instagram, semalam.

Bagaimanapun, kata Hunny, meskipun penjelasan telah dibuat, rata-rata orang di sana tetap tidak menyenangi kelakuan anaknya.

“Sama seperti ketika saya pergi ke Universal Studio di Osaka. Saya ingatkan, sebuah tempat gah dan jenama terkemuka seperti mereka akan bertoleransi dengan kanak-kanak autisme seperti Adam.

“Tetapi tidak. Kami telah cuba jelaskan keadaan Adam pun mereka tetap mengatakan tak boleh kepada kami. Malah mendakwa, Adam tidak kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang kurang upaya.

“Malah, ada ketika, anak saya tidak menganggu orang pun, hanya duduk di tempat yang tak ada orang, mereka tidak benarkan,”katanya.

Jelas Hunny, berikutan itu, dia meluahkan rasa kecewa kerana Jepun baginya masih kurang kesedaran mengenai isu austisme meskipun merupakan sebuah negara maju.

“Jangan salah faham, saya masih sukakan Jepun. Cuma dalam perkara ini, nampaknya mereka masih kurang kesedaran mengenai isu autisme. Berbanding Malaysia, sebuah negara membangun, Jepun masih kurang mengenai kesedaran ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya