Jangan ditanya siapa yang menyihir - Nonny Nadirah - Utusan Malaysia

Jangan ditanya siapa yang menyihir – Nonny Nadirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nonny Nadirah, mendedahkan, meskipun dia kini sudah tidak lagi bertudung dan berpenampilan seksi, namun hatinya masih lagi berpegang kepada ajaran Islam.

Menurut Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, dirinya mula menunjukkan perubahan ketara kerana semuanya berpunca daripada terkena sihir.

Bagaimanapun, Nonny tidak mendedahkan dalang di sebalik perbuatan tersebut kerana menganggap setiap manusia mempunyai dugaan tersendiri.

“Saya Nonny Nadirah. Saya berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis.

“Jangan ditanya siapa menyihir, lain orang lain ujiannya. Mana yang perang, mana yang disihir. Awak semua tak rasa apa yang saya rasa,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi perkongsian sama, Nonny turut memuat naik video koleksi gambar dirinya sambil menceritakan bagaimana dia berdepan dengan perbuatan khianat itu.

Dalam pada itu, pelakon ini mengakui tidak salah sekiranya ada kalangan pengikut atau peminat ingin menegur perubahan dirinya namun harus kena pada cara yang betul.

“Hendak menegur kenal caranya, amal Ilahi kekuatan ilmunya. Islam agama luar biasa dan ajaib, doa yang baik-baik,” katanya.

Sebelum ini Nonny teruk dikecam netizen susulan mengubah penampilan dengan memakai hijab dan berniqab sebelum kembali membuka tudung.

Selain itu, Nonny juga berani tampil berkemban di media sosial sekali gus mengundang kecaman warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya