Geran usahawan RM1 juta bantu penggiat seni - Utusan Malaysia

Geran usahawan RM1 juta bantu penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dalam usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan penggiat seni, Panpay Holdings menyediakan geran 020 QR Panpay usahawan perniagaan mencecah RM1 juta khusus bagi anak seni yang mahu menjana pendapatan.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Dr. Norzhamshuri Ramli yang juga merupakan seorang pelakon, peluang ini wajar diambil oleh golongan artis mahu pun pekerja belakang tabir yang mempunyai semangat untuk memajukan diri terutama dalam berdepan dengan cabaran ekonomi kini.

“Panpay Holdings adalah sebuah syarikat gergasi yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan dengan fokus utama adalah pemasaran digital serta kewangan termasuk di peringkat global.

“Sebagai salah seorang pelakon dan pengacara yang menapak di arena seni tiga dekad lalu, saya ingin rakan seperjuangan sama-sama dapat manfaat menerusi geran usahawan ini tanpa mereka mengeluarkan modal.

“Mereka hanya perlu mengumpul serta mengelolakan sesi latihan untuk sesiapa sahaja yang berminat dan punya kesungguhan menyertai perniagaan di bawah PanPay Holdings, namun bengkel itu dikendalikan pakar kami,” katanya selepas majlis makan malam syarikat itu, baru-baru ini.

Menurut Norzhamshuri, pemberian geran yang disalurkan kepada setiap penerima berbeza bergantung kepada jumlah peserta sesi latihan serta bengkel dikelolakan individu terbabit.

“Konsep di Panpay mudah sahaja, andai anda punya kesungguhan serta minat selain sedia turun padang untuk sama-sama mengembangkan perniagaan, memang anda calon yang kita cari.

“Tetapi anda tidak akan bersendirian dalam menggerakkan perniagaan ini kerana ramai yang akan membantu dari pihak pengurusan sehingga rakan seperjuangan lain.

“Jadi dana disalurkan nanti akan diberikan serendah RM10,000 dan ke atas, bergantung kepada kapasiti sesi yang bakal dikelolakan penerima,”katanya.

Antara penerima geran usahawan 020 QR Panpay ialah dramatis Emma Akma yang sebelum ini menghidap penyakit kronik selain pelakon Salman yang mempunyai masalah pada kakinya.

“Hakikatnya kami tidak melupakan teman seperjuangan yang berdepan masalah kesihatan, jadi buat permulaan kita berikan kepada Emma Akma dan Salman.

“Sebenarnya selebriti pertama yang menerima geran ini adalah artis berpengalaman iaitu Saiful Apek yang bersama 020 QR Panpay sejak tahun lalu,” katanya.

Syarikat terbabit mengedarkan produk seperti mesin air beralkali, penapis alkali nano silver serta beberapa barangan kesihatan.

Sementara itu, pada majlis makan malam gala Panpay Holdings yang berlangsung di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, syarikat turut memberikan anugerah kepada kakitangan serta ejen dengan jualan tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya