FDAM gilap bakat muda dalam Program Inkubator Pengarah Amatur 2024 - Utusan Malaysia

FDAM gilap bakat muda dalam Program Inkubator Pengarah Amatur 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur- Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berjaya menganjurkan Program Inkubator Pengarah Amatur FDAM 2024, yang berlangsung selama tujuh hari bermula dari 12 Oktober sehingga 18 Oktober 2024, di FINAS Hulu Klang, dan seramai 30 pengarah amatur menyertai program ini.

Program ini khusus untuk memberi pendedahan kepada ahli FDAM dan pengarah amatur untuk membantu mereka memahami industri dengan lebih mendalam melalui modul intensif dan praktikal.

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki, berterima kasih pada fasilitator yang bukan sahaja membimbing peserta dari segi teori, malah memberikan tunjuk ajar praktikal.

FDAM juga membantu pengarah-pengarah amatur untuk mendaftar keahlian mereka di MyCap, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri perfileman.

Kata-kata ‘ Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul’ daripada Datuk Afdlin itu mengandungi makna yang mendalam terhadap industri seni, lantaran sudah terbiasa dengan cara kerja yang telah menjadi kebiasaan, namun perkara itu tidak semestinya yang terbaik.

Afdlin turut menyatakan bahawa bengkel ini menerima maklum balas positif daripada peserta serta mengharapkan sesi akan datang diadakan dengan tempoh yang lebih panjang, termasuk bengkel tahap pertengahan dan masterclass.

Beliau turut kagum dengan kemampuan para peserta memahami modul-modul yang disampaikan dan berjaya menghasilkan tugasan projek dengan baik.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin, dalam ucapan penutupnya mengumumkan bahawa 15 peserta yang terpilih berdasarkan hasil kerja pengarahan terbaik daripada bengkel ini akan dijemput ke malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 yang akan berlangsung Disember ini.

Tambahnya, ia merupakan peluang eksklusif untuk mereka berinteraksi dengan warga industri yang ternama selain menyaksikan detik-detik penting dalam Industri perfileman negara.

FDAM berharap bengkel seperti ini dianjurkan lebih kerap, memandangkan FDAM mempunyai ramai ahli pengarah berkaliber yang mampu menyediakan modul bersesuaian, dan berharap FINAS terus menjadi rakan strategik utama dalam menyokong bakat baharu serta menganjurkan program yang lebih komprehensif di masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya