Duit raya RM10,000 bertebaran di Konsert Cipta 2 - Utusan Malaysia

Duit raya RM10,000 bertebaran di Konsert Cipta 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak hanya membuat kejutan menyanyikan lagu raya sebagai penutup konsert, penyanyi dan maestro muzik, Datuk M Nasir turut mencuri tumpuan memberikan duit raya kepada penonton.

Dalam persembahan Konsert M N45IR Cipta 2, panganjur, Icon Entertainment telah menerbangkan 10 ribu sampul duit raya dari bumbung stadium Axiata Arena pada Sabtu.

“Kita sediakan dalam 10 ribu sampul duit raya di mana setiap daripadanya diisi dengan duit kertas baru bernilai seringgit.

“Lagu hit Suatu Hari di Hari Raya itu sudah seperti lagu kebangsaan yang saya fikir perlu dibawakan walaupun kita bukan berada di bukan hari raya. Apa salahnya.

“Ada nota juga di sampul itu duit mengingatkan duit seringgit yang diberikan besar nilainya pada 45 tahun yang lalu,” katanya Iman Tang dari Icon Entertainment.

Tang ditemui Utusan Malaysia di sesi sidang media sejurus konsert Cipta 2 berakhir, di sini, pada Sabtu.

Menyambut baik idea penganjur, Datuk M Nasir merasakan ia peluang baik untuk berkongsi rezeki kepada pengunjung yang hadir.

“Selalunya benda seperti ini saya anggap kelakar sahaja. Tapi disebalik kelakar, ada makna yang mendalam dari segi persembahan.

“Ia juga menunjukkan sikap pemurah dan nilai kemanusiaan yang ada dalam diri penganjur walaupun seringgit,” jelasnya.

Mengulas pemilihan lagu Suatu Hari di Hari Raya sebagai penutup, M Nasir mahu menghadiahkan lagi tersebut kepada mereka yang berada di negara bergolak.

“Sebenarnya saya mahu relevankan lagu itu dalam konsert yang bukan hari raya.

“Istilah ‘Hari Raya’ selalu kita gun menggambarkan kegembiraan dan kemenangan.

“Saya mahu nyanyikan lagu itu kepada mereka yang terkesan peperangan dan penindasan,” jelasnya.

Pada malam tersebut, M Nasir menyanyikan 32 lagu popularnya dari pelbagai genre muzik dihadapan 8 ribu pengunjung.

Antara selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan adalah kumpulan Wings, Kumpulan Spider, Lah Ahmad, Dato Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy dan ramai lagi.
 
Untuk konsert kali ini para pemuzik serta penonton lengkap berpakaian denim biru dan warna putih sebagai tema untuk busana kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya