Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak - Reen Rahim - Utusan Malaysia

Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Reen Rahim, menyindir segelintir golongan ibu bapa yang gemar mengamalkan sikap memilih bulu dengan membeza-bezakan anak sendiri sehingga menyebabkan ada antaranya berkecil hati.

Menurut Reen, ada antara ibu bapa yang bersikap mata duitan dan disebabkan itu mereka cenderung memilih bulu dengan tidak memandang usaha anak yang mungkin tidak begitu dilihat berjaya atau senang.

“Kadang-kadang ada ibu bapa yang berperangai pelik-pelik, geram saya. Sebab, ramai sahaja kawan saya yang kadangkala bercerita, hanya disebabkan dia tidak stabil lagi maka dia dilayan bak anak tiri.

“Bagi saya, macam mana anak nak berjaya, kalau ibu bapa tak reda? Mentang-mentanglah bergelar ibu bapa, usahlah suka hati sahaja sakitkan hati anak. Kalau nampak anak itu sesak, tanya diri semula, adalah awak mendoakan dia?

“Reda tak dengan anak itu? Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak. Ajarlah mata melihat benda yang tak nampak pada dasar. Hargai yang paling mahal iaitu keikhlasan,”katanya.

Reen berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon filem Sue On dan Daddyku Gangster ini turut dilihat meraikan sambutan ulang tahun bapanya bersama keluarga.

Reen juga menerusi ruangan kapsyen menulis bahawa sejak dari kecil, dia bersama adik-beradik sering meraikan sambutan hari lahir ahli keluarga dalam suasana sederhana.

“Memang dari kecil, kami buat keraian dalam suasana sederhana, asalkan ikhlas walaupun cuma berikan bunga yang dipetik di laman rumah sebelah.

“Ia bukan sebab betapa megah tempat awak meraikan orang-orang tersayang atau berapa mahal hadiah yang awak berikan kepada mereka.

“Ikhlas itu yang membuatkan mereka ini gembira, itu paling mahal daripada wang ringgit awak. Apa yuang susah sangat nak fikir-fikir untuk hargai orang yang tersayang?

“Tetapi kalau mereka ini jelas yang tak reti menghargai keikhlasan anda, saya nasihatkan, untuk tahun-tahun seterusnya, sedekahkan sahajalah doa dari jauh. Mereka tak layak dapat kasih sayang kita yang ikhlas itu sebab mereka pilih bulu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya