Dihalau keluar rumah, Hasif Upin anggap tindakan keterlaluan - Utusan Malaysia

Dihalau keluar rumah, Hasif Upin anggap tindakan keterlaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Hasif Upin, kesal dengan tindakan pihak pengurusannya, Armani Entertainment menyuruhnya supaya segera mengosongkan rumah yang disediakan dengan memberikan tempoh masa selama 10 hari untuk berbuat demikian.

Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, berkata, alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan juga sangat tidak munasabah menyebabkan dia berasa kurang senang dengan tindakan mereka.

“Saya disuruh keluar serta merta dengan notis sepuluh hari daripada rumah disediakan pihak pengurusan.

“Cuba bayangkan macam mana saya nak kemas barang-barang dan uruskan semua benda dan pulang ke kampung halaman saya di Kota Tinggi, Johor dalam masa singkat berbekalkan wang yang ada,” katanya.

Bagaimanapun,kata Hasif, dia bersyukur kerana terdapat seorang individu menghulurkan bantuan dengan membayar sewa rumah berkenaan.

Kata Hasif, pertolongan itu membolehkan dia menguruskan proses perpindahannya dalam tempoh sebulan akan datang.

“Nasib baik ada hamba Allah baik hati ikhlas menolong saya dengan membayar tempoh tambahan lagi satu bulan untuk rumah saya. Dalam hal ini, saya sebenarnya tak pasti apa perancangan mereka sampai buat begitu sekali kepada saya, tetapi saya akur dan tak melawan.

“Saya kenang jasa mereka yang membawa budak kampung ini ke pentas industri hiburan, jangan cakap saya tak buat apa-apa untuk membantu pihak pengurusan,” ujarnya.

Hasif sebelum ini meluahkan kekecewaan atas layanan teruk oleh Armani Entertainment.

Sebelum ini, Hasif meluahkan rasa kecewa apabila mendapat layan tidak adil oleh Armani Entertainment.

Malah penyanyi itu mendakwa kali terakhir dia menerima tawaran kerja daripada syarikat sekitar Jun lalu dengan bayaran RM600.

Susulan itu, pengarah utusan syarikat berkenaan iaitu Datuk KK Chua tampil membidas kenyataan Hasif dan menegaskan tuduhan kononnya penyanyi itu dilayan buruk sebagai palsu.

Hasif juga disifatkan sebagai artis baharu yang tidak tahu bersyukur selepas pihak pengurusan mengeluarkan pelaburan besar untuk kerjayanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN