Artis veteran pun ada nilai - Kamarool Yusoff - Utusan Malaysia

Artis veteran pun ada nilai – Kamarool Yusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon veteran, Kamarool Yusoff, tidak menolak meskipun usianya sudah menjangkau 66 tahun, masih ramai yang menawarkannya peluang untuk menjadi duta produk bagi membantu melariskan perniagaan.

Disebabkan itu, kata Kamarool atau lebih dikenali sebagai Che Man, dia yakin pelakon veteran masih mempunyai nilai di mata mereka yang pandai menghargai.

“Sebagai contoh, saya sendiri terima dengan hati terbuka apabila dipelawa oleh Yaya Empire untuk jadi duta mereka sejak lima tahun lalu. Malah, saya juga tertarik kerana ia diusahakan oleh anak muda dan berasal dari negeri kelahiran saya, Kelantan.

“Jadi saya percaya, tak kisah kita popular atau tidak, tua mahupun muda kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan pasti akan nampak hasil.

“Bagi saya bila orang percaya kita berikan yang terbaik dan saya juga beruntung kerana masih ada peminat yang terus sokongan saya,” katanya yang sudah berlakon dalam lebih dari 50 buah filem.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa mengulas mengenai tindakannya yang mengambil pelakon veteran tersebut sebagai seorang daripada duta produk wangiannya.

Tindakannya itu berbeza dengan pihak lain yang lebih berminat mengambil selebriti muda, popular serta mereka dalam kalangan BBNU sebagai duta produk.

“Cik Man memberikan komitmen yang sangat bagus terutama dalam membuat kandungan yang menarik serta mampu menarik perhatian semua peringkat umur.

“Lebih menarik kanak-kanak seawal usia tiga tahun juga mengenali Cik Man dan kami menerima makluman sangat positif daripada pelanggan kami,” katanya.

Nadia yang juga mesra disapa Kak Ya berkata, Cik Man yang mempunyai peminat dalam kalangan pelbagai peringkat usia juga mampu menterjemahkan sokongan menerusi pembelian produk oleh syarikatnya.

Katanya, sudah lima tahun memilih Cik Man sebagai duta produk di samping selebriti lain seperti pelakon, penyampai radio dan pelawak, Issey Fazlisham serta pempengaruh media sosial, Mia Azhar.

“Cik Man juga tidak berkira soal bayaran malah bersetuju kerana mahu membantu usahawan tempatan terutamanya yang berasal dari Kelantan,” katanya.

Baginya, selain untuk mempromosikan produk, duta juga membantu membawa imej sesebuah jenama dalam menarik minat serta perhatian pembeli.

Sementara itu, terbabit dalam Karnival Bossku Mega Expo 2024, Yaya Empire yang menjadi penaja menngakui terharu kerana karnival tersebut berjaya menarik lebih 10,000 penduduk tempatan di Pantai Sri Tujuh Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.

Selain persembahan dikir barat oleh kumpulan Sri Budi Jati serta penyanyi dikir tempatan, Datuk Jamal Abdillah dan Haqiem Rusli turut menghiburkan penonton.

Lebih menarik Jamal turut menyampaikan lagu popularnya Sendiri dalam versi dikir barat bersama Ezeri Layang Putih yang digelar Datuk Jamal versi Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya