Tiket konsert Ernie Zakri ‘sold out' hanya 7 jam - Utusan Malaysia

Tiket konsert Ernie Zakri ‘sold out’ hanya 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiket konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert laris bak pisang goreng panas selepas ‘sold out’ selepas tujuh jam selepas jualan dibuka semalam.

SAH Entertainment melalui kenyataan berkata, mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab dan memberikan persembahan terbaik kepada penonton yang bakal hadir.

“Kami di SAH Entertainment sangat terharu atas kepercayaan yang diberikan untuk mengendalikan konsert solo pertama Ernie Zakri di Malaysia.

“Sesungguhnya, Ernie memanglah seorang artis yang disayangi ramai.

“Akan kami galas tanggungjawab besar ini dengan penuh amanah dan keikhlasan,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram.

Kejayaan penjualan tiket yang ‘sold out’ dalam tempoh tujuh jam itu telah meraih perhatian ramai termasuk rakan artis yang menitipkan ucapan tahniah.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat meminta pelantun Ku Bersuara itu untuk memilih tempat yang lebih besar pada masa akan datang kerana masih ramai yang belum sempat membeli.

“Kami berharap untuk konsert solo yang akan datang akan diadakan di tempat yang lebih banyak tempat duduk,” kata satu komen.

“Laku keras tiket Ernie. Awak layak lebih tempat yang lebih besar lagi,” kongsi satu komen.

“Buat tiga hari, tiga malam. Letih, sedih tak dapat tengok tiket tengok Ernie,” ujar komen lain.

“Sekejap sudah habis. Kak Ninie buat tempat yang lagi besar nanti,” kata satu komen lagi.

Untuk info, Ernie Zakri bakal mengadakan konsert pertamanya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert pada 25 Januari, tahun depan bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN