Teruja bakal bergelar bapa, Chiwan tak kisah jantina bayi - Utusan Malaysia

Teruja bakal bergelar bapa, Chiwan tak kisah jantina bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Chiwan Chilok bersyukur kerana dia dan isterinya dikurniakan zuriat pada masa yang cepat meskipun dia berkahwin di usia yang lewat.

Menurut Chiwan, sebagaimana pasangan lain, dia dan isterinya tentu sahaja teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka selain bersyukur kandungan juga berada dalam keadaan sihat.

Berkongsi mengenai pengalaman pertama bakal bergelar ibu bapa, kata Chiwan atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Sabri, isterinya ada mengidam untuk makan sesuatu namun bukan yang pelik-pelik.

“Alhamdulillah, umur 38 tahun ini sepatutnya dah ada anak umur tujuh tahun bukan? Tapi rezeki saya dikurniakan cahaya mata sekarang. Syukur semuanya dalam keadaan baik.

“Jika diiikutkan, tarikh bersalin itu mungkin hujung bulan Januari atau awal Februari. Sekarang orang rumah dah mengidam macam-macam juga. Tapi mengidam makanan yang senang dicarilah, yang kita boleh dapat.

“Cuma masa awal kehamilan dia tak boleh makan daging, sedangkan sebelum ini okey sahaja. Bila doktor periksa, darah dia turun pula. Jadi, saya cuba bagi juga dia makan daging,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, kongsi Chiwan, dalam keterujaan menyambut kelahiran zuriat pertama mereka, dia bagaimanapun tidak bercadang untuk melakukan acara pengumuman jantina bayi seperti trend masa kini.

Katanya, dia dan isteri hanya mendoakan agar bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan tidak kisah sama ada dikurniakan anak lelaki atau perempuan.

“Saya tak ada perancangan pun nak buat ‘gender reveal’. Bagi saya, kalau doktor nak beritahu jantina anak, saya tak kisah pun. Nak biar jadi kejutan sebenarnya.

“Tapi kalau nak tahu, genetik dari ibu bapa sebelah isteri saya ramai perempuan, manakala saya pula ramai lelaki. Tapi saya tak kisah lah(jantina), janji anak sihat.

“Saya memang tak ada teringin anak perempuan ke lelaki, saya hanya berdoa pada Allah agar anak saya nanti sihat, itu saja,”katanya.

Chiwan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Amira Ayuni Hashim pada 4 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya