Terima mesej tidak senonoh, Risteena nasihat individu ingat Allah - Utusan Malaysia

Terima mesej tidak senonoh, Risteena nasihat individu ingat Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Risteena, 35, meluahkan rasa terkejut apabila dirinya menjadi sasaran seorang individu yang berkelakuan pelik dan lucah di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Ilyas mendedahkan dirinya menerima beberapa direct mesej (DM) yang telah dihantar oleh seorang individu dipercayai lelaki, yang berani menawarkan sejumlah wang demi memancing aktres tersebut.

Menerusi mesej berkenaan, individu itu dilihat membuat tawaran tersebut semata-mata mahu meminta Risteena menemaninya melakukan hal tidak senonoh dengan cara membuat panggilan video.

“Saya nak tawarkan sesuatu, tapi benda kurang baiklah. Nak ajak video call sebenarnya, teman ‘ehem-ehem’, tapi cuma tengok sahaja bukan buat sekali.

“Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi ini rahsia antara kita,”tulisnya.

Menolak pelawaan tidak senonoh tersebut, kakak kepada Ruhainies ini bagaimanapun terkejut kerana individu berkenaan sanggup meletakkan harga tinggi untuk tujuan sama.

“Serius ini, saya naikkan RM7,000. Cuma tengok sahaja. Atau RM10,000,”katanya.

Menurut Risteena, situasi tersebut bukanlah kali pertama berlaku kepadanya dan sebelum ini turut pernah menerima mesej sedemikian.

“Sebernarnya, saya sudah banyak kali dapat mesej lucah, pelik-pelik daripada orang yang berbeza.

“Sudah akhir zaman ini, ingat Allah ya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya