Tak ketepikan mama cuma Aslam lebih rapat dengan Papa - Marrisa Dania - Utusan Malaysia

Tak ketepikan mama cuma Aslam lebih rapat dengan Papa – Marrisa Dania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, mengakui tidak pernah mengenepikan ibunya dengan merahsiakan berita kematian bayi sulungnya pada Ogos lalu seperti yang didakwa ramai.

Dedah Marissa, suaminya Ahmad Aslam lebih selesa untuk berinteraksi dengan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim berbanding dengan ibunya.

“Mama tak tahu sebab Aslam lagi rapat dengan papa. Malah, dengan papa sahaja dia maklumkan tentang perkara itu (keguguran anak).

“Malah dengan mummy (Memey) pun dia tak beritahu sebab dia lebih selesa untuk bercakap lelaki dengan lelaki, itu sahaja sebabnya.

“Tidak bermaksud saya ketepikan mama, akhirnya mama dapat tahu juga. Hubungan saya dengan mama okey sahaja. Mengenai isu keluarga itu, adalah sebabnya dan tiada apa pun,” jelasnya.

Marissa ditemui pada majlis pelancaran perisa baru Berryfull bersama Abby Abadi di Damansara, hari ini.

Selain itu, ditanya mengenai tindakannya meninggalkan komen di instagram Abby dengan pertanyaan mengapa ibunya itu tidak menjawab pesanan di aplikasi WhatsApp, Marissa berkata, niatnya hanyalah untuk bergurau.

“Memang saya nak menghubungi mama, tetapi niat saya ketika itu hanyalah untuk bergurau,” katanya.

Sementara itu, berkongsi keadaanya yang baru kehilangan bayi sulung bulan lalu, Marissa berkata dia dan suami reda dengan pemergian zuriat pertama mereka itu meskipun hati dibelenggu dengan kesedihan.

“Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah.

“Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana?” katanya.

Marissa yang juga isteri kedua Ahmad Aslam sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Pun begitu, bayi sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian.

Marissa sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya