Saya bukan nak menyibuk isu Fazura dan Fattah - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Saya bukan nak menyibuk isu Fazura dan Fattah – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Abby Abadi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia sengaja ingin menarik perhatian warganet dengan ‘menunggang’ isu rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin di media sosial.

Jelas Abby, dia hanya meluahkan rasa sedih melihat apa yang berlaku kepada pasangan itu kerana secara peribadi, dia melihat Fazura dan Fattah pasangan yang sangat sesuai bersama.

“Demi Allah tak ada, tapi memang saya rasa sedih untuk mereka. Saya pun tak tahu kenapa sebab saya bukan berkawan pun dengan merekax

“Tetapi saya kenal lah Fattah, pernah jumpa, begitu juga Fazura. Tapi maknanya saya memang sedih, saya rasa macam mereka tak patut cerai.

“Rasanya benda itu bukan saya sahaja yang rasa, ramai orang Malaysia pun turut sama-sama merasainya,” katanya.

Selain itu, Abby juga berkata, apa yang diluahkan hanyalah sekadar pandangan peribadi selain mengharapkan kedua-dua pelakon tersebut dapat berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Saya rasa mereka itu sangat-sangat cantik berdua. Rasa macam tak patut bercerai. Apa yang berlaku kalau boleh diperbaiki, kalau boleh dipertahankan itu sahaja yang saya cakap.

“Tak ada pun nak masuk campur, saya tak adalah nak pergi rumah mereka kata mesti kena ikut cakap saya, tidaklah. Cuma saya hanya bagi pendapat saya sahaja. Ya saya sedih, saya rasa macam tak ada sebab mereka nak bergaduh. Saya rasa ramai pun mempunyai perasaan macam saya, itu sahaja.

“Kalau boleh saya tak nak mereka berpisah. Saya rasa mereka sudah sangat sangat ideal bila bersama. Tak ada pun niat nak campur ke apa, maknanya kalau berlaku sebaliknya saya tak tahulah nak kata,” ujarnya.

Abby sebelum ini mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memohon agar kedua-dua belah pihak memperbaiki kelemahan masing-masing bagi menyelamatkan hubungan rumah tangga yang dibina hampir tujuh tahun lalu.

Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya