Perjuangan seni silat dalam teater Nilamsari - Utusan Malaysia

Perjuangan seni silat dalam teater Nilamsari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah, Yusry Kamaruzaman, tidak menolak bahawa pementasan teater Nilamsari diwujudkan bagi menyampaikan mesej seni persilatan sambil menerokai perjuangan wanita dari perspektif srikandi.

Menurut Yusry, teater anjuran Pertubuhan Teater Hidayah dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya melalui Geran Sokongan Sektor Kerajaan itu turut menerapkan elemen kasih sayang dan semangat perpaduan.

“Objektif persembahan ini melestarikan wadah seni untuk karyawan teater dengan menyalurkan mesej-mesej yang boleh disampaikan masyarakat terhadap detik kehidupan bangsa yang pastinya membawa pengertian yang bermakna.

“Ia juga diyakini dapat menerapkan generasi muda untuk memperkukuhkan hubungan budaya dalam kalangan masyarakat setempat dan memartabatkan seni karya tanah air melalui seni persembahan yang berkualiti,”katanya.

Selain itu, kata Yusry, skrip teater juga telah ditulis dan dihasilkan dengan menyimpan harapan besar ia mampu dizahirkan dengan baik bagi mengangkat warisan seni bangsa melalui perjuangan seorang wanita yang merupakan tunjang yang tidak di dendangkan.

Yusry juga berkata, dia menekankan pentingnya sokongan daripada sektor kerajaan dan jabatan berkaitan agar para penggiat seni dapat terus berkarya untuk bersama mengekalkan warisan budaya.

“Teater Nilamsari bukan sahaja akan mempersembahkan seni mempertahankan diri tetapi di gabungkan dengan pengajaran,kesedihan dan juga kelucuan.Ia juga menjadi platform untuk menyemarakkan semangat wanita dalam dunia seni persilatan, serta membuka mata masyarakat untuk menghargai seni dan budaya tanah air,”katanya.

Teater Nilamsari membariskan bintang seperti Ruby Wahid, Kamarul AR,Ain Sufia, Salman Al Farisi, Khai Sabri, Apai Azha, Panglima Aduka, Dean Sitara, Mardiana Ismail ,Shahril Kamil ,Azmi Daim dan pelajar-pelajar UPSI serta pesilat PSSGM.

Dalam pada itu,Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti UPSI Dr.Nurzuraina berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan badan bukan kerajaan persatuan NGO luar yang berpengalaman untuk memberikan pendedahan kepada pelajar UPSI apabila berada dalam industri.

“Program ini sangat baik untuk memberi pendedahan kepada pelajar UPSI agar mereka memahami bagaimana proses dalam industri berjalan.

“Proses pembelajaran formal dan tidak formal adalah dua perkara yang berbeza; kita perlu menyatukan kedua-duanya untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berani berdaya saing, yang mampu meletakkan diri mereka di tempat yang betul semasa di masa akan datang kelak,”ujarnya.

Teater ini menyorot pengkisahan gelanggang silat tertua merencah perpaduan dan persaudaraan penduduk Desa Permata bahana perpecahan apabila Tok Deraman ,seorang guru silat,dibunuh oleh manusia yang tamak kedudukan dan kuasa.

Berikutan itu, Nilamsari seorang gadis desa dan anak gadis Tok Deraman yang tangkas dan berani tampil untuk menuntut bela di atas kematian ayahnya.

Teater Nilamsari akan dipentaskan di Panggung Percubaan UPSI, Tanjung Malim bermula dari 4 hingga 6 Oktober ini.

Tiket-tiket dijual pada harga RM15 untuk dewasa, pelajar, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) pada harga RM10 sementara pelajar UPSI kemasukan adalah percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya