Nurul Zahid turut terkesan dengan isu perceraian Fattah-Fazura - Utusan Malaysia

Nurul Zahid turut terkesan dengan isu perceraian Fattah-Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kes perceraian pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin, turut mendapat perhatian anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid di media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, dia yang mesra disapa sebagai Nurul Zahid itu turut meluahkan rasa sedih kerana terkesan dengan isu rumah tanggan pasangan pelakon popular tersebut.

Menurut Nurul, hatinya berasa terkesan kerana dia juga antara wanita yang pernah melakui proses perceraian, suami meninggal dunia dan fasa-fasa perkahwinan yang mencabar.

“Walaupun berkemampuan dan berkedudukan yang tinggi dari suami, sebagai seorang wanita yang telah memilih seorang lelaki sebagai suami, kita perlu terima hakikat yang pertama bahawa pilihan untuk berkahwin itu adalah pilihan sendiri dan tiada paksaan.

“Malah, berkahwin atas dasar ego juga memang tidak akan ke mana,”katanya.

Selain itu, kata Nurul, baginya perkahwinan adalah satu fasa yang rumit dan indah.

“Bila jadi isteri, siapa kita berkawan pun akan mempengaruhi keperibadian kita sebagai isteri. Itu sangat penting. Kadang-kadang kita dapat nasihat yang salah dari kawan yang salah.

“Apa pun, semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk Fattah, Fazura dan Fatima. Saya terkesan juga. Sedih sebab saya pernah melalui fasa perceraian sewaktu anak pertama saya Arjuna berusia 1 setengah tahun dan seawal usia saya 27 tahun,”katanya.

Nurul memaklumkan, ia adalah pilihannya sendiri untuk bercerai kerana merasanya dirinya masih muda, berkemampuan lebih daripada suami dan beberapa faktor penyumbang kepada penceraian.

“Saya pernah lalui perkara itu dan tidak dinafikan, ia adalah satu proses yang memeritkan,”katanya.

Dalam pada itu, Nurul juga meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah Amin dalam menyelesaikan kelemut rumah tangga mereka.

Sejak kes penceraian Fazura dan Fattah menjadi perhatian masyarakat dari seluruh negara, banyak pihak terutamanya rakan artis tampil bersuara dan membuat luahan.

Antaranya, Abby Abadi, Kak KM, Norish Karman dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya