Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia

Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer dan pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ooi Eow Jin, dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 3.30 petang tadi.

Menerusi satu makluman yang dihantar oleh Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), mendiang Eow Jin dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun.

“YKAT baharu sahaja menerima panggilan daripada Datin Elain yang mengatakan suaminya, Ooi Eow Jin baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur. Pada jam 3.30 petang tadi.

“Mendiang merupakan pemuzik terkenal tanahair yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan. Semoga keluarga mendiang tabah,”menurut kenyataan itu.

Pada 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus Covid-19.

Eow Jin pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M Nasir dan Rahimah Rahim.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di TV3 dan mencipta beberapa lagu antaranya, Gerimis Di Lautan, Lagu Untukmu, Masa Berlalu, Dia Ibuku, dan Hati Yang Rapuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN