Kembali menjaga anak kecil, Fizi Ali mahu hargai waktu bersama keluarga - Utusan Malaysia

Kembali menjaga anak kecil, Fizi Ali mahu hargai waktu bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mengakui pengalaman kembali menjaga anak kecil selepas sekian lama memberi makna tersendiri buat dirinya sebagai seorang bapa.

Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, selepas menimang cahaya mata perempuan, Nurraisya Sofea, pada 7 Julai lalu, kehidupannya kini lebih terisi dengan rutin menjaga anak meskipun sibuk bekerja.

Baginya, momen-momen menjaga anak kecil termasuk bersama dua anaknya yang lain merupakan satu perkara berharga buat dirinya.

“Saya seronok sebab ada anak kecil ini lain. Jaga anak lebih besar lain, jaga anak ketika bayi pun lain. Nak jaga ‘baby’ ini kena berikan 24 jam perhatian pada dia, dan alhamdulillah saya ‘enjoy’ dengan apa yang saya buat sekarang.

“Kakak-kakak (dua anak perempuan mereka) pun Alhamdulillah gembira ada adik kecil. Malah, seperti semua tahu, kami ada hak penjagaan sementara bersama Ameena, yang dipersetujui oleh pihak sana dan juga pihak saya.

“Ia di mana dua minggu sekali saya akan jaga Ameena. Bila Ameena jumpa adik dia, dia teruja, dia akan cium dan gomol adik dia,” katanya.

Berkongsi lanjut, Fizi berkata dia dan isterinya, Siti Zulaikha juga tiada masalah berbahagi tugas memandangkan mereka berpengalaman menjaga anak perempuan mereka hasil perkahwinan terdahulu.

“Menguruskan anak, alhamdulillah tiada masalah, sebab ini bukan anak pertama isteri saya dan juga bukan anak pertama saya, jadi kita menggunakan pengalaman semua untuk membesarkan anak kami bersama.

“Sememangnya pengalaman lama banyak mengajar kami, jadi alhamdulillah ia memudahkan kami pun sudah semakin cekap.

“Ragam ‘baby’ kali ini pun macam ragam anak yang lain, nak susu tengah malam, jadi kami bergilir-gilir. Alhamdulillah, kami bekerjasama dan semuanya menjadi mudah,” katanya.

Fizi yang mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada Oktober tahun lalu juga bersyukur kehidupannya kini bertambah baik.

“Alhamdulillah kehidupan saya okey, sekarang saya dan isteri pun dua-dua tengah mencuba untuk kuruskan badan. Sememangnya saya tengah cuba nak ‘buat’ badan.

“Bukan apa, kita pun makin berumur, rasa penat itu sudah ada. Lagipun saya ‘on air’ dan menggunakan tenaga, jadi saya rasa kena mula balik bersenam,” katanya.

Terdahulu, Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan anak perempuan.

Sebelum ini, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya