Jika peminat lari masa itu, saya reda - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Jika peminat lari masa itu, saya reda – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih ingat bagaimana dia tidak menyangka terdapat segelintir peminat berhenti menyokongnya selepas dia mengumumkan mahu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sekitar 18 tahun lalu.

Menurut Siti, ketika itu, dia menyaksikan peminatnya seakan berpecah kepada dua kumpulan dengan satu menyokong keputusannya berkahwin dan satu lagi kumpulan jelas membantah.

Siti yang ketika itu berusia 27 tahun berkata, dia reda sekiranya peminatnya semakin berkurangan.

“Semasa saya berkahwin, apa yang saya lihat peminat berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan peminat yang sokong saya berkahwin dan satu lagi tidak menyokong saya mendirikan rumah tangga.

“Ketika saya umum mahu kahwin, saya sudah ditahap reda jika ada dalam kalangan peminat yang lari (tidak lagi menyokong), memang tahap pasrah dah. Dalam hati saya cakap begitu.

“Sebab perkahwinan saya ini, saya lihat ada yang suka dan ada yang tidak suka. Ada yang cakap mereka sedih dengan keputusan saya,”katanya menerusi siaran podcast ABP di You Tube.

Selain itu, penyanyi lagu Cindai ini juga tidak menolak terdapat peminat yang mempersoalkan keputusannya mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda ketika itu.

“Siti bagaimanapun bersyukur bahtera perkahwinan sepanjang 18 tahun yang dibina dipermudahkan dan dilalui dengan penuh kesabaran.

“Cumanya ketika itu tiada lagi media sosial yang seperti sekarang, kalau tidak tak tahulah apa netizen akan cakap. Antara komen yang saya ingat, peminat mempersoalkan kenapa saya kahwin dengan duda, bukan dengan bujang.

“Tetapi, itulah yang perlu saya lalui. Alhamdulillah, Allah aturkan perjalanan yang sangat baik. Tidak seperti yang orang-orang sangkakan. Saya percaya kepada rezeki dan perancangan Allah, lalui penuh kesabaran,”katanya.

Imbas kembali, Siti dan Datuk Seri Khalid atau mesra disapa Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya