Jangan anak tirikan atlet paralimpik - Michael Ang - Utusan Malaysia

Jangan anak tirikan atlet paralimpik – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kejayaan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou membawa pulang pingat emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, Paris, baru-baru ini menarik minat penerbit dan pengarah tempatan, Michael Ang untuk meluahkan komen.

Michael berpendapat, atlet paralimpik yang berjuang demi emas buat negara juga wajar mendapat perhatian dan menerima habuan yang sama supaya tiada istilah dianaktirikan.

“Tahniah Malaysia berjaya menang emas Paralimik Paris 2024. Tahniah Liek Hou! Cuma satu sajalah nak pesan, pastikan mereka ini pun dapat habuan sama ratalah.

“Janganlah anak tirikan mereka. Emas di Olimpik tetap adalah pingat emas,”katanya di Instagram, hari ini.

Pada perkongsian yang sama, Michael berkata atlet paralimpik juga bekerja keras untuk berada di tempat mereka sekarang dan turut berjuang untuk membanggakan Malaysia.

“Mereka pun berusaha keras untuk berada di kedudukan mereka sekarang dan banggakan Malaysia!” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat pengarah itu dan berharap pasukan atlet paralimpik negara juga diberikan perhatian sepenuhnya.

Bagaimanapun pada masa yang sama, terdapat segelintir pengguna media sosial memaklumkan, atlet paralimpik juga sebelum ini diberikan habuan yang sama iaitu RM1 juta ketika Olimpik 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya