Ibu bapa bercerai, Ismail Izzani rindu suasana bersama - Utusan Malaysia

Ibu bapa bercerai, Ismail Izzani rindu suasana bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ismail Izzani mendedahkan bahawa perpisahan ibu bapanya iaitu Datuk Zainal Nazeri dan Suliza Salam sedikit sebanyak memberikan impak dalam kehidupannya.

Jelas Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 24, dia bagaimanapun tetap membahagikan kasih sayang yang sama rata terhadap ibu bapanya walaupun sudah berpisah.

“Yang terlintas adalah mama, dengan semua perkara yang saya lalui memang berat dan susah untuk saya sendiri menerimanya.

“Tetapi setiap perkara berlaku mesti ada sebabnya. Dalam masa dua tahun ini saya luangkan masa dengan bapa juga.

“Difahamkan kedua ibu bapanya sudah berpisah dua tahun lalu namun tidak mendedahkan tentang berita perceraian mereka,” katanya.

Ismail berkata demikian pada majlis tandatangan peminat bagi pelancaran lagu terbaharunya yang berlangsung di The Exchange TRX, baru-baru ini.

Selain itu, pelantun lagu Luar Biasa itu turut mengakui bukan mudah untuk mengadapi ujian perceraian ibu bapa namun terpaksa menerima seadanya.

“Bagi saya, ianya adalah satu perkara yang berat juga. Saya pun sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berkongsi tentang perkara tersebut kepada umum tetapi saya tetap sayangkan mereka dan keputusan juga ditangan mereka.

“Sedih memang sedih, sudah semestinya saya rindu dengan suasana raya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ismail tetap menggalas tanggungjawab sebagai satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga tersebut dengan memberi sokongan kepada ibu dan dua orang kakaknya.

“Perubahan yang berlaku agak berat tapi bagi saya, sebagai seorang dewasa saya kena terima daripada menjadi seorang yang beremosi sebab saya perlu menyokong ibu dan adik-beradik saya, saya seorang sahaja anak lelaki di dalam keluarga.

“Selepas berlaku perpisahan, saya bertanggungjawab untuk memastikan ibu dan adik beradik saya berada di dalam keadaan yang okay,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Iman selepas dua tahun menyepi dari karier nyanyian.

Lagu tersebut merupakan hasil karya penyanyi rap terkenal Joe Flizzow bersama SonaOne, Alexender Oghenetejiri dan Deekid.

Untuk rekod, Suliza yang juga seorang penyanyi era 1980-an mendirikan rumah tangga bersama Datuk Zainal Nazeri Zainuddin yang merupakan ahli perniagaan pada 11 Januari 1991.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya