Haqiem Rusli pilih kehidupan lebih 'low-profile' - Utusan Malaysia

Haqiem Rusli pilih kehidupan lebih ‘low-profile’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Haqiem Rusli, mengakui telah mengambil iktibar daripada pengalaman pahit terdahulu gara-gara terlalu kerap mencanang hal peribadi kepada umum.

Berikutan itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata, dia kini membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi kisah peribadi terutama di media sosial kerana bimbang ia akan menjerat diri.

“Saya tidak nafikan, sekarang saya lebih memilih kehidupan lebih ‘low profile’. Ini kerana saya mengambil pendirian untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi di media sosial seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

“Saya belajar daripada kesilapan lalu iaitu tak perlu nak kongsi perkara yang tak sepatutnya.

“Saya tak mahu bila terlalu kerap berkongsi, ia akan dimanipulasikan hingga berlaku perkara yang tidak diingini,”katanya.

Jelas Haqiem lagi, dia kini lebih selesa menjalani kehidupan sederhana dalam usaha mencari ketenangan.

“Rasa lebih tenang bila hidup tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi. Salah kongsi nanti, jadilah perkara yang bukan-bukan.

“Nanti yang nak kena jawab saya juga,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 36 di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur South, baru-baru ini.

Sementara itu, Haqiem ketika ditanya mengenai pencalonannya dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular edisi ke-36 (ABP36) mengakui terharu dengan kerana dirinya masih disayangi ramai peminat.

Malah, lebih istimewa, namanya juga muncul antara 36 calon raih undian tertinggi keseluruhan setakat ini.

“ABP cukup dekat di hati saya dan semestinya ia menghadiahkan kenangan paling manis apabila saya telah memenangi tiga kategori pada edisi ke-33 iaitu Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Paling Boom dan Bintang Paling Popular.

“Memang tak pernah terfikir langsung akan mengecap kejayaan sebesar itu kerana saya masih anggap diri ini kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan calon lain,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya