Fizz Fairuz, Almy Nadia timang cahaya mata kelima - Utusan Malaysia

Fizz Fairuz, Almy Nadia timang cahaya mata kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, aktres Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima pada jam 9.28 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fizz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 44, menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ini.

Bagaimanapun, Fizz tidak memaklumkan butiran terperinci mengenai berita kelahiran tersebut.

“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat melahirkan anak ke-5. Terima kasih kepada yang mendoakan, Amin,”tulisnya.

Sebelum ini, menerusi hantaran Instagram Story, Fizz berkongsi beberapa foto memaparkan isterinya sudah ditahan di sebuah pusat perubatan.

Sementara itu, rata-rata peminat dan pengikutnya termasuk rakan selebriti hadir menghadiahkan ucapan tahniah buatnya sekeluarga di ruangan komen.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 204. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia 15 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya