Fazura, Fattah fail perceraian - Utusan Malaysia

Fazura, Fattah fail perceraian

Kontroversi rumah tangga Fazura dan Fattah terus menjadi bualan ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai pagi tadi di Mahkamah Syariah Petaling.

Menurut sumber, Fazura memfailkan perceraian daripada suami Abdul Fattah bin Mohd Amin, 33, melalui peguam pagi ini.

Sebelum ini, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah timbul apabila warganet mendakwa hubungan mereka sebagai suami isteri seakan tidak lagi mesra.

Spekulasi itu juga timbul kerana mereka dikatakan tidak lagi berkongsi hantaran gambar atau video menerusi laman media sosial masing-masing.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya