Deepika Padukone, Ranveer sambut kelahiran puteri sulung - Utusan Malaysia

Deepika Padukone, Ranveer sambut kelahiran puteri sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penantian selama sembilan bulan pasangan pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone dan Ranveer Singh akhirnya menjadi nyata apabila kedua-duanya kini telah bergelar ibu dan bapa kepada cahaya mata sulung mereka.

Khabar gembira itu diumumkan mereka menerusi Instagram masing-masing semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Deepika dan Ranveer memaklumkan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka.

Pada Februari lalu mereka berkongsi tentang kehamilan anak pertama dan turut menulis bakal bergelar ibu bapa.

Awal September lalu, mereka berkongsi gambar berdua menunjukkan baby bump seakan memberitahu bayi berkenaan akan dilahirkan dalam masa terdekat.

Pasangan pelakon popular ini berkahwin pada 2018 dalam satu majlis tertutup di lake Como, Itali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN