'Che Man' tak kisah ulang alik dari Kelantan ke KL demi kerja - Utusan Malaysia

‘Che Man’ tak kisah ulang alik dari Kelantan ke KL demi kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon veteran, Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man’ mengakui tidak kisah berulang alik dari Kekantan ke ibu negara demi komitmen kerja seni lakon.

Menurut Kamarool, ini kerana dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan dan tidak pernah merancang untuk berpindah ke KL walaupun sedar kebanyakan kerja lakon perlu dilakukan di sini.

Malah, katanya, meskipun usia sudah mencecag 66 tahun, dia masih mampu memandu kenderaan sendiri untuk urusan tersebut.

“Saya memang ulang alik kerana rasa lebih selesa menetap di Kelantan. Lagipun perjalanan dari Kelantan ke KL dalam paling lama pun lima jam.

“Bagi saya, seorang seniman kena duduk jauh, sebab dalam perjalanan jauh itu ada benda yang kita boleh fikir. Kadang-kadang saya memandu sendiri dan ada juga orang tolong bawakan.

“Alhamdulillah, saya masih mampu untuk memandu lagi. Cuma bila orang tengok saya dah berusia, orang akan tanya ‘boleh bawa ke? Mata nampak ke?’. Tapi saya sebenarnya okey saja,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarool mendedahkan dia tidak begitu menitik beratkan soal pemakanan namun percaya jika mahu sihat,segalanya perlu bermula daripada hati.

“Saya tak ada menjaga pemakanan sangat, tapi untuk menjadi orang yang sihat, pertama sekali hati kena bersih. Sampai kiamat, kita akan menjadi manusia yang paling selamat.

“Kesihatan kita datang dari hati. Bagi saya, makan la lori sekali pun, janji hati cantik… cantiklah kesihatan kita. Saya tak ada pantang makanan, tidur pun kadang-kadang pada pukul 4 atau 5 pagi,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya