Catriona Ros syukur anak autisme kini miliki MyKad - Utusan Malaysia

Catriona Ros syukur anak autisme kini miliki MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Catriona Ross meluahkan rasa syukur dan gembira apabila penantian untuk mendapatkan MyKad buat anak keduanya iaitu Jammal Al Raess Shaharuddin kini menjadi nyata.

Pelakon dengan nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross itu turut berkongsi video yang memaparkan anaknya, Raess, 12, yang mengalami Gangguan Spektrum Autisme atau autisme mengunjungi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara bagi urusan pembikinan kad pengenalan diri.

Menerusi perkongsian itu, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Scottish itu berkata, dia pada mulanya menjangkakan prosedur di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Kuala Lumpur itu mungkin berlangsung penuh tekanan.

Malah, menerusi video itu juga dapat dilihat Raees yang turut ditemani bapanya, Shaharuddin Mokhtaruddin memberikan bekerjasama dengan baik ketika proses rakaman foto dan menurunkan cap jari.

“Janji temu MyKad untuk anak istimewa kami. Mommy sebak. Kami membayangkan hari ini kami akan stres. Namun semuanya berjalan lancar.

“Anak istimewa kami menerima MyKad. Bangga, Alhamdulilah,” kata Catriona menerusi laman sosial Instagram.

Rata-rata netizen turut memuji foto yang dirakam sempurna menunjukkan Raees tersenyum selain melahirkan rasa syukur dan sebak.

“Gambar MyKad dia paling lawa. Gambar MyKad kita rasa nak menangis tengok.

“Alhamdullillah, anak yang tampan dah ada IC, pejam celik dah menuju remaja ya.

“Tumpang gembira kak, Alhamdulillah,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Catriona pernah mendedahkan saat sukar Raees disahkan autisme pada usia dua tahun.

Catriona berkahwin dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen, Shaharuddin Mokhtaruddin pada 2009.

Selain Jammal Raees, pasangan itu memiliki sepasang lagi cahaya mata iaitu Sephia Rania, 14, dan Edruce Riyadh, 9.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya