Berhabis RM8,000 buat hidung baharu, Zarina Anjoulie jadi kecaman - Utusan Malaysia

Berhabis RM8,000 buat hidung baharu, Zarina Anjoulie jadi kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zarina Anjoulie, 37, kembali menjadi bahan bualan dan kecaman ramai apabila perkongsian mengenai proses pembedahan plastik di bahagian hidungnya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan warganet.

Menerusi beberapa hantaran video di Instagramnya, Zarina berkongsi mengenai keadaan wajahnya ketika sebelum dan selepas melakukan pembedahan tersebut yang dipercayai dilakukan di Vietnam.

Meskipun tujuan Zarina melakukan pembedahan tersebut dipercayai untuk kelihatan cantik, namun, rata-rata warganet menyifatkan wajah dan hidung asli pelakon tersebut lebih cantik berbanding setelah diubah.

Malah, ada juga kalangan warganet menyindir Zarina sebagai seorang individu tidak bersyukur kerana mengubah kejadian Tuhan.

“Maaflah Anju, nak komen bukan sebab saya nak jadi terpaling kuat agama, tetapi jujur cakap, hidung sebelum ini lagi lawa,” tulis Skyuni.7.

“Ya Allah, aku ingatkan Anju cantik original, rupanya semua palsu buatan saja. Hampeh tak payahlah nak ubah sangat ciptaan Allah SWT,” tulis yunita_maryunis.

“Mancung ke kemek ke senget sikit ke, struktur hidung itu dah memang ikut kesesuaian muka kita. Allah dah bagi ikut kesesuaian muka kita. Sebab itu orang pandang tak pelik. Sebab itu ada orang tak lawa hidung mancung, sebab dia buat hidung padahal sebelum ini dia cantik sebab hidung kemek,” tulis airdy88.

Selain itu, menerusi tinjauan Utusan Malaysia, Zarina di ruangan komen juga ada membalas pertanyaan warganet berhubung kos pembedahan di bahagian hidung yang dilakukannya.

Menurut Zarina, pembedahan tersebut melibatkan kos sebanyak 2,000 USD bersamaan dengan RM8,639.

Sebelum itu, Zarina memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukurnya kerana telah selamat menjalani pembedahan di bahagian hidung.

“Alhamdulillah, prosedur pembedahan telah berjalan dengan lancar,” katanya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya