KUALA LUMPUR :Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 30, berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta iaitu Ahmad Ibrahim pada pagi ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Fikry menerusi Instagramnya hari ini selain memohon orang ramai mendoakan agar urusan Allahyarham bapanya dipermudahkan.
“Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahamtullah. Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-doa, dipermudahkan urusan dan ditempat dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Dalam satu hantaran berbeza, pelakon itu juga memuat naik mengenai arwah bapanya yang terlantar di hospital sebelum beberapa jam menghembuskan nafas terakhir.
Tidak dipericikan sakit sebenar, Fikry hanya memberitahu bapanya terpaksa ditidurkan ketika menjalani rawatan.
“Ayah saya ditidurkan. Doakan ayah semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan baik,”ujarnya.
Hantaran Fikry mengenai makluman tersebut telah disambut dengan ucapan takziah daripada rakan-rakan artis dan pengikutnya di media sosial.
Antara rakan artis yang berbuat demikian termasuk Syamel, Sharifah Shahirah, Zizan Razak, Marsha Milan, Haiza, Rozita Che Wan, Mark Adam, Zarina Zainuddin dan Lana Nodin.