Aliff Satar tak 'try hard' mahu hidupkan watak - Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Aliff Satar tak ‘try hard’ mahu hidupkan watak – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui berasa selesa bergandingan dengan aktor Aliff Satar ketika menjayakan filem terbaharu lakonan mereka berjudul Reeza GTR.

Menurut Sophia, dia juga berasa sangat lega kerana Alif merupakan seorang pelakon yang sangat profesional di set penggambaran.

Malah, Sophia juga terbuka untuk bekerjasama dengan Alif untuk menjayakan mana-mana naskhah pada masa akan datang.

“Ya betul, saya setuju dan lega kerana Alif seorang pelakon yang sangat profesional dan ada aura yang positif. Semua orang yang berlakon dengan dia pasti akan rasa (aura) itu.

“Alif juga tidak terlalu ‘try hard’ untuk buat sesuatu dan menghidupkan karakter

“Saya seronok bekerja dengan Alif dan kalau ada peluang di masa akan datang untuk bekerjasama dia, saya akan terima,”katanya.

Sophia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Reeza GTR’ yang diadakan di GSC Mid Valley, semalam.

Selain itu, ditanya mengenai pengalaman bekerjasama bersama Alif yang berstatus suami orang, pelakon filem Saka Perawan itu memaklumkan dia akan cuba sedaya upaya menjaga nama baik kedua belah pihak.

“Bila berlakon dengan pelakon lain jantina, sudah tentu saya nak jaga nama baik mereka juga. Kelakuan dalam filem seperti pegang-pegang sikit itu hanyalah untuk menjayakan watak.

“Bila keluar dari set penggambaran, kita akan buat hal masing-masing,”ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini merasakan tiada adegan bersama Alif di dalam filem ini yang akan membuatkan para peminat penyanyi itu berasa marah atau pun ‘cringe’ sewaktu menontonnya.

“Saya tak rasa peminat Alif akan marah melihat ‘scene’ bersama saya di dalam filem ini kerana cerita ini ‘cute’ sangat.

“Tambahan pula, ‘percintaan’ Myra dan Reeza dalam filem ini tiada adegan yang akan membuatkan orang marah bila menontonnya,”katanya.

Sophia dan Alif bergandingan bersama menerusi filem terbaharu arahan pengarah tersohor, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertajuk ‘Reeza GTR’.

Selain Sophia dan Alif, filem yang akan ditayangkan pada 17 Oktober ini turut dibintangi Noki, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ropie, Mas Anizan dan ramai lagi.

Filem tersebut bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 17 Oktober 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya