Ada pelakon teater yang masih terima bayaran rendah - Ellie Suriaty - Utusan Malaysia

Ada pelakon teater yang masih terima bayaran rendah – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon senior, Ellie Suriaty, 53, tidak menolak bahawa masih wujud pelakon teater yang masih menerima bayaran pada kadar rendah sehingga hari ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama Ellie berkata, bayaran yang diberikan kepada penggiat seni teater kini semakin baik seiring dengan peredaran waktu dan pengalaman pelakon tersebut.

“Sebenarnya, pelakon teater yang menerima bayaran tidak setimpal itu benar dan masih berlaku tapi sesuai dengan peredaran waktu dan pengalaman, bayaran yang diterima sudah semakin setimpal sekarang.

“Apa yang bagusnya untuk kami sebagai permulaan dulu apabila berdepan situasi bayaran tidak setimpal selain komitmen tinggi, ia mengajar kami untuk mencintai seni, berdisiplin dan menghargai ruang pentas serta penonton yang hadir.

“Tiada harga yang setimpal dapat menyamai pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh pembelajaran itu,” katanya.

Selain itu, Ellie menyarankan agar pelakon baharu yang mendapat tawaran untuk membintangi pementasan teater untuk tidak terlalu mengutamakan bayaran sebaliknya melihat dari sudut pengalaman dan ilmu yang akan diraih.

Ellie juga tidak menafikan bahawa bayaran lumayan menambah semangat buat pelakon namun kepuasan dalam lakonan itu jauh lebih penting.

“Kalau dapat bayaran tinggi memanglah seronok, tapi anda akan hilang nikmat kepayahan untuk mencapai sesuatu yang terbaik dalam diri anda.

“Apabila anda lalui ujian ini pada peringkat permulaan, percayalah ia satu didikan untuk memupuk emosi dan kecintaan terhadap sesuatu karya.

“Bagi saya, anda perlu lalui dulu, apabila anda sudah mencapai tahap 10 tahun kehidupan sebagai anak seni, barulah ketika itu anda layak mendapat bayaran yang setimpal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya