Abang bomba meriahkan siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire - Utusan Malaysia

Abang bomba meriahkan siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kemunculan lima ahli bomba di pentas siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Plaza Angsana Johor Bahru minggu lalu mencuri tumpuan hadirin pada konsert yang berlangsung.

Kesemua mereka yang lengkap beruniform muncul dalam lautan hadirin pada konsert jelajah berkenaan secara kebetulan ketika melakukan satu urusan di lokasi berkenaan.

Kehadiran mereka membuatkan penyampai Suria Cik Piah, Rara dan Khai mengundang kelima-limanya naik ke pentas.

“Kami kebetulan ada urusan di sini dimaklumkan ada jelajah Suria FM, kami jenguk memandangkan kami semua memang pendengar stesen ini.

“Terima kasih juga kepada Suria banyak bantu salurkan maklumat mengenai bomba terutama mengenai hal penting seperti persediaan banjir dan kesedaran masyarakat mengenai pasukan beruniform,” kata wakil bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Rafiee A Karim.

Anggota-anggota bomba berkenaan sempat memberitahu mereka juga pendengar Suria Cinta dan meminati kesemua penyampai terutamanya DJ Lin.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata Suria FM menyambut baik sokongan yang diberikan oleh semua lapisan masyarakat terhadap stesen itu dan ia sesuatu yang sangat berharga

“Kami terharu dengan sambutan dan sokongan yang diberikan daripada pelbagai pihak bomba, askar dan polis termasuk pemandu e-hailing yang sentiasa mendengarkan Suria.

“Setiap jelajah yang dianjurkan juga mendapat sambutan baik daripada semua peringkat umur, bangsa dan agama malah lebih manis sekeluarga hadir termasuk bersama anak, ibu dan nenek yang berkerusi roda pun ada,” katanya ketika ditemui pada siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di JB baru-baru ini.

DJ Lin berkata,dia dan penyampai yang lain teruja apabila ramai keluarga yang hadir sanggup beratur ketika sesi ‘meet & greet’ yang dijalankan serta merakamkan gambar bersama mereka.

Lebih manis pada jelajah lalu, lebih 6,000 pendengar Suria hadir meskipun diadakan pada hari bekerja negeri berkenaan.

“Saya juga dimaklumkan ada yang hadir jauh dari Brunei Darussalam dan Singapura semata-mata untuk jelajah kami di JB.

“Begitu juga sambutan hangat pertandingan KiraOke Suria yang mendapat penyertaan berserta yang sanggup datang naik bas dari Kelantan dan Terengganu.

“Kami di Suria sangat menghargainya dan menjemput semua untuk terus bersama di kami di jelajah di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya.

Jelajah Suria Kuasa 2 bakal gegarkan Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 28 dan 29 September ini dengan menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Aisha Retno, Baby Shima, Ruffedge, Ezad Lazim, Masdo dan Danial Kifli

Sementara itu, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa melahirkan rasa gembira kerana sambutan terhadap wangian jualannya mendapat sambutan yang baik di JB.

“Syukur Alhamdulillah kami berjaya mengekalkan jualan mencecah lima angka di JB sama seperti lokasi sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya