Walau sudah berpisah, saya tetap hormati Aedy Ashraf - Amelia Handerson - Utusan Malaysia

Walau sudah berpisah, saya tetap hormati Aedy Ashraf – Amelia Handerson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Amelia Henderson, 29, mengakui terharu dan menghargai sokongan yang diberikan bekas kekasihnya, Aedy Ashraf, 31, ketika dirinya kini berdepan kes saman membabitkan seorang penulis skrip yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Menurut Amelia atau nama sebenar, Amelia Thripura Henderson, meskipun sudah berpisah dengan Aedy namun secara peribadi dia tetap mempunyai rasa hormat terhadap pelakon lelaki tersebut.

“Saya hargainya dan sejujurnya saya selalu menghormati Aedy. Saya selalu rasa macam masa kita sudah sampai penghujung. Bagaimanapun, saya ada rasa hormat terhadap Aedy.

“Saya tidak akan bercakap perkara negatif mengenai Aedy sebab saya hormatnya dan masa yang kami pernah rapat dulu. Saya hargai Aedy kerana dia seorang yang matang.

“Walaupun kami sudah tidak rapat lagi, dia selalu di belakang saya, malah saya juga akan berada di belakangnya. Aedy seorang yang hebat dan sememangnya layak untuk mendapatkan yang terbaik,” katanya.

Amelia berkata demikian semasa ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Harimau Malaya di GSC The Starling, di sini, semalam.

Ditanya mengenai perasaannya tentang perhubungan dengan Aedy, kata Amelia, dia menyifatkan semuanya telah berlalu.

“Kadang-kadang bila sudah sampai penghujung (hubungan), saya pun tak tahu macam mana hendak jawab sebab tak mahu orang salah faham atau menyimpan harap terhadap situasi ini.

“Ini masa untuk biarkan ia berlalu, kita tidak boleh memaksa keadaan. Dia dan saya faham perkara itu dan saya doakan dia selalu dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, mengenai kes saman yang dihadapinya, Amelia berkata, dia masih tidak dapat memberikan sebarang kenyataan sehingga perkara itu selesai dibicarakan di mahkamah.

Terdahulu, kes saman penulis skrip drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rehal Nuharis terhadap Amelia diteruskan selepas proses mediasi di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur, 6 Ogos lalu gagal diselesaikan secara baik.

Difahamkan, kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat yang membabitkan syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan.

Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula pada 6 dan 7 Februari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Amelia membawa watak Inaya dalam filem Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tempatan mulai 15 Ogos ini.

Filem terbitan 4ward Pictures Sdn Bhd yang menjadikan kisah benar skuad bola sepak kebangsaan sebagai inspirasi turut membariskan pelakon seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Filem Harimau Malaya mengisahkan kebangkitan semula skuad bola sepak kebangsaan selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022 sebelum mereka bangkit dan berjaya layak ke Piala Asia 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya