Tunggulah saya dapat bentuk badan kerengga macam Mak Iti nanti - Umai - Utusan Malaysia

Tunggulah saya dapat bentuk badan kerengga macam Mak Iti nanti – Umai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ummi Umairah Saiful Anuar atau Umai, mengakui tidak tersinggung dengan komen-komen yang memperlekeh bentuk fizikalnya sejak dirinya bergelar artis.

Menurut anak saudara penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia sememangnya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan demi menjaga kesihatan dan berpenampilan menarik.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tentu akan mengambil masa dan ada prosesnya.

“Bila orang cakap macam itu, saya ambil ia sebagai satu pembakar semangat. Iyalah, saya pun tahu bedan saya macam mana. Akan ada satu masa nanti mungkin saya akan dapat berat badan ideal itu.

“Anda semua tunggu sahaja…mana tahu dapat jadi macam Mak Iti (panggilan kepada Siti) dulu yang berbadan kerengga.

Awak semua doakanlah saya ini jangan makan banyak sangat sebab saya ini suka makan. Tak boleh nak buang nafsu makan itu… tetapi tak adalah makan secara keterlaluan,”katanya.

Umairah berkata demikian ketika ditemui pada acara Edutainment Fest Simpan SSPN, di Pusat Beli-Belah Datum Jelatek, di sini, hari ini.

Penyanyi berusia 13 tahun ini juga tidak menolak pada awalnya turut berasa stres dan tertekan kerana dihimpit dengan pertanyaan mengenai berat badannya.

“Masa awal-awal dahulu adalah juga rasa stres tapi tak apalah, saya ambil semua kata-kata itu sebagai satu cabaran dan sesuatu yang positif.

“Saya akan cuba juga usahakan untuk kurus. Saya pun tahu, sekarang orang memang pandang bentuk badan apa semua.

“Tak apa, tak apa, saya pasti boleh kurus!” katanya.

Dalam pada itu, pemenang World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 tersebut turut diundang untuk mengadakan persembahan di istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar.

“Ketika mendapat jemputan untuk menyanyi di istiadat perkahwinan Tengku Afzan, saya sangat teruja sebab bukan senang untuk buat persembahan di hadapan kerabat diraja.

“Sudah semestinya perasaan berdebar itu sangat berbeza apabila buat persembahan dihadapan kerabat dan VIP,”katanya.

Menurut Umai, untuk persembahan pada majlis malam ini, dia akan mendendangkan empat buah lagu solo dan sebuah lagu duet bersama Farhan Azizan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya