Teringin jadi ibu, Leona rancang kahwin tahun depan. - Utusan Malaysia

Teringin jadi ibu, Leona rancang kahwin tahun depan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Leona atau nama sebenarnya, Kasih Iris Leona, 22,
mendedahkan ingin menutup buku bujangnya dengan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Leona yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menjelaskan, dia teringin untuk menjadi ibu di usia muda walaupun masih tiada calon untuk dijadikan suami buat masa sekarang.

“Saya merancang untuk kahwin tahun depan, memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.

“Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat sukakan kanak-kanak.

“Semuanya hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun hadapan,” ujarnya.

Memilih personaliti daripada rupa, Leona mengakui sukar untuk mencari calon yang mampu memenuhi cita rasanya untuk dijadikan pasangan hidup

“Jujurnya saya memang tiada calon langsung, memang saya cakap mahu kahwin tahun depan tetapi buat masa sekarang, saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar ‘dating’.

“Sebenarnya susah juga mahu cari pasangan hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai perkara itu. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.

“Saya suka orang yang lebih tua daripada saya kerana matang. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya,” katanya.

Sementara itu, Leona turut memaklumkan bahawa seluruh kelurganya sudah mengetahui niatnya itu dan mendapat sokongan yang penuh daripada mereka.

“Sejujurnya satu keluarga sudah tahu saya mahu kahwin tahun hadapan dan mereka hanya menyokong sahaja.

“Cumanya saya kena habiskan belajar dan selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu, selebihnya mereka tidak menghalang untuk saya buat begitu,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya