Takluk: Lahad Datu filem paling dinantikan

Takluk: Lahad Datu filem paling dinantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 11 tahun lalu negara digemparkan dengan kisah pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Lebih menyedihkan tragedi itu juga turut mengorbankan 10 nyawa perwira negara.

Kekal menjadi antara insiden hitam negara, keberanian wira-wira ini dalam mempertahankan kedaulatan negara akan terus dihargai rakyat Malaysia.

Mengenang semula tragedi itu melalui Takluk: Lahad Datu, filem arahan Zulkarnain Azhar menjadi antara platform penting buat generasi kini dalam memahami secara terperinci mengenai kejadian pencerobohan tersebut.

Memilih lokasi asal tragedi di Semporna dan Lahad Datu penggambaran filem ini juga mengambil masa sehingga dua bulan untuk disiapkan.

Sementara itu antara pelakon hebat yang turut menjayakan filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Andingm Indrawani, Eman Manan dan Riezman Khuzaimi.

Selain menyapa sisi realiti negara yang sering terdedah dengan pelbagai ancaman, Takluk : Lahad Datu juga turut menyelitkan elemen penting khususnya kemampuan pasukan keselamatan kita yang menjadi benteng paling depan dalam mempertahankan negara.

Tidak sekadar menggambarkan apa yang berlaku pada 1 dan 2 Mac 2013, Takluk : Lahad Datu yang akan ditayangkan mulai hari ini juga secara tidak langsung mampu menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN