Tak larat bergaduh, Puteri Sarah intai cara terbaik selesaikan kes saman - Utusan Malaysia

Tak larat bergaduh, Puteri Sarah intai cara terbaik selesaikan kes saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, mengintai jalan penyelesaian terbaik bagi kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan terhadap bekas kakitangannya, Nazatul Nazira.

Kata Puteri Sarah, pihaknya tetap mahu menuntut keadilan buat dirinya, namun lebih memilih solusi terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Pihak kami akan cuba berbincang, cari jalan penyelesaian terbaik. Hidup ini singkat, kenapa perlu tertekan.

“Kami mahu tuntut hak kami. Tapi kalau boleh dengan cara paling tenang, yang terbaik untuk kedua pihak. Saya tak larat nak gaduh.

“Dalam sesi mediasi tadi (petang semalam), kami tampil jelaskan keadaan masing-masing di hadapan pegawai mediasi, Sakinah. Beliau telah memberi solusi yang pada kami, bagus dan boleh dipertimbangkan,” katanya selepas sesi mediasi yang diadakan di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Puteri Sarah hadir ke sesi tersebut ditemani peguam, Azmi Mohd. Rais.

Terdahulu, Puteri Sarah sekitar Jun lalu telah menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap bekas kakitangannya, Nazatul Nazira selepas individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan.

Puteri Sarah menuntut individu itu menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Nazatul juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya telah menjejaskan reputasi dan mengakibatkan dia menanggung tekanan.

“Ini membabitkan syarikat saya, tentunya saya tertekan. Saya tak tahu apa yang dia maksudkan apabila dia ungkit pasal haknya. Kalau dia kata kehidupannya terjejas, begitu juga saya. Tapi saya ambil pendekatan untuk bertenang.

“Apa pun pegawai mediasi telah memberi tempoh agar kami pertimbangkan cara penyelesaian yang dicadangkan mereka. Kalau baik untuk saya, kenapa tidak.

Sementara itu, peguam mewakili Puteri Sarah, Azmi memaklumkan sesi mediasi yang kedua akan dilaksanakan pada 25 September ini.

Sesi itu tersebut akan turut mengetengahkan kes saman malu yang difailkan Puteri Sarah.

“Beberapa method akan dicadangkan agar kes pecah amanah itu dapat diselesaikan. Memang kebiasaannya proses mediasi dilakukan sebanyak dua kali,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya