Sokong minat anak tetapi agama tetap keutamaan - Rita Rudaini - Utusan Malaysia

Sokong minat anak tetapi agama tetap keutamaan – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Rita Rudaini, 49, mengakui bangga dengan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, memecah dua rekod dalam acara larian terpantas sekali gus mengharumkan nama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sempena Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD) Sabak Bernam, Khamis lalu.

Menurut Rita, sebagai ibu, dia sentiasa menyokong apa sahaja minat yang anak-anaknya lakukan asalkan mereka menunjukkan kesungguhan.

“Alhamdulillah, saya nak ucapkan tahniah kepada anak saya, Rayyan atas kejayaan memecahkan dua rekod pada acara solo iaitu 100 dan 200 meter lelaki bawah 15 tahun pada sempena kejohanan tersebut.

“Rayyan bersama tiga rakan lain juga memenangi pingat emas dan memperbaharui rekod acara 4×400 meter.

“Saya nak berikan kredit ini juga kepada jurulatih dan tenaga pengajar MRSM Sungai Besar, tempat anak saya bersekolah sekarang atas bimbingan, sokongan dan semangat diberikan.

“Sebagai ibu dan bapa, tentu saja saya bangga dan terharu dengan pencapaian ditunjukkan Rayyan dalam bidang sukan olahraga. Sejujurnya, dari dahulu lagi saya sentiasa memberikan sokongan setiap apa yang anak-anak minat,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Selain itu, Rita mengakui, dia sentiasa memupuk semangat kepada anak-anaknya supaya menyeimbangkan beberapa perkara dalam hidup.

“Saya sentiasa pesan kepada mereka, dalam apa juga perkara kita buat, jangan lupa pada pelajaran selain tanggungjawab utama iaitu agama. Insya-Allah, jika asasnya betul dan kukuh, saya pasti semua perkara akan dipermudahkan Allah.

“Alhamdulillah, saya nampak itu pada Rayyan.
Macam kejohanan sukan MSSD ini pun, saya tidak menghalang Rayyan untuk terbabit. Apatah lagi dia juga mendapat sokongan daripada cikgu-cikgu di sekolahnya.

“Jadi, saya percaya mereka lebih arif berkenaan kemampuan dan kelebihan seseorang pelajar. Jadi, peranan saya memberikan dia kata-kata semangat dan buat sehabis baik. Sebab saya percaya semua yang bertanding pun pasti meletakkan harapan untuk menang. Tinggal lagi apa hasilnya. Kalau menang, itu adalah bonus daripada usaha mereka,”katanya.

Selain itu, jelas Rita, dia juga sentiasa berinisiatif untuk turun padang memberi sokongan kepada anak-anak.

“Saya macam ibu bapa lain juga tidak melepaskan peluang untuk turun padang memberikan sokongan kepada anak. Sudah tentu, apabila melihat Rayyan berjaya dan pecah rekod, ia satu kebanggaan buat saya.

“Apa pun, ini satu permulaan baharu buat Rayyan. Kalau dia memang mahu serius dalam bidang ini, perjalanannya masih panjang dan banyak lagi dia perlu pelajari. Tapi, pelajaran tetap menjadi keutamaannya,”katanya.

Rayyan memecah rekod 100 meter selepas mencatat masa 11:44 saat yang sebelum ini disandang, Norazizi Sobari dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz sejak 2004 dengan catatan 11.58 saat.

Dalam acara 200 meter pula, Rayyan memecah rekod milik Lucas Theng Chen Yi dari SMJK Yoke Kuan dengan catatan masa 23:81 saat berbanding rekod lama 24:00 saat milik Chen Yi (2023).

Acara 4×400 meter itu meleburkan rekod selama 17 tahun milik Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, Sekinchan dengan catatan empat minit 97 saat bagi kategori lelaki acara bawah 15 tahun lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya