Sikap tenang Ira Kazar tuai pujian warganet

Sikap tenang Ira Kazar tuai pujian warganet

ira kazar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengejutkan ramai berhubung isu perceraian, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar bagaimanapun meraih sokongan warganet berbanding kecaman.

Mengintai di ruangan komen Instagram, rata-rata warganet yang memberi pujian dan komen yang positif kepada bekas madu pelakon, Puteri Sarah Liyana tersebut.

Warganet menyifatkan, Ira sebagai seorang wanita yang tenang meskipun dilanda ujian.

“Baik saja, tak meroyan walau diperkatakan macam-macam. Dia senyap di posisi sendiri. Tak sokong juga tak bantah, ini semua rahsia dan ketentuan Allah,” tulis seorang individu.

“Terus kuatkan diri, abaikan orang yang benci dan sentiasa sebarkan perkara positif. Ingat awak tidak bersendirian,” kata seorang peminat.

“Satu Malaysia kecam dia tapi dia diam sahaja, tak ada nak kecam orang pun.

“Kekal kuat, positif dan sentiasa maju ke hadapan,” tulis satu komen lagi.

Sebelum ini, peguam syarie, Azmi Mohd Rais mengesahkan bahawa Syamsul sudah menfailkan penceraian terhadap isterinya di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Tiada persefahaman didakwa menjadi sebab utama tindakan itu dilakukan.

Terdahulu, timbul desas desus kononnya hubungan pasangan ini sudah menjadi dingin, namun tiada yang membuka mulut untuk memberi pengesahan.

Tidak hanya itu, muncul juga spekulasi mengatakan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sudah berbadan dua.

Januari lalu, Syamsul memuat naik sebuah video di Instagram memaklumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Selatan Thailand.

Susulan itu, isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah memfailkan perceraian dan berpisah pada 14 Jun lalu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN