Sibuk kerja pun, waktu makan malam kami sekeluarga akan berkumpul - Che Ta - Utusan Malaysia

Sibuk kerja pun, waktu makan malam kami sekeluarga akan berkumpul – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Rozita Che Wan atau Che Ta, mendedahkan, makan malam sentiasa menjadi waktu keutamaan dan amalannya sekeluarga sebagai satu cara merapatkan ukhuwah dan meraih kualiti masa bersama.

Menurut Che Ta, meskipun sibuk menguruskan kerjaya seni dan perniagaan pada satu masa yang sama, sebolehnya waktu makan malam bersama keluarga tidak akan diabaikan.

“Anak-anak saya walaupun mereka sudah bekerja, mereka akan balik ke rumah untuk makan malam bersama. Waktu makan malam adalah waktu untuk kami berkumpul bersama-sama.

“Kebiasaannya saya akan pulang lebih awal untuk memasak. Waktu makan adalah masa untuk kami berbual. Memang sesuai dengan konsep mencipta memori di mana waktu makan malam kami akan bersama-sama,”katanya.

Selain itu, menurut pelakon drama Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka ini lagi, anak-anaknya juga lebih suka makan di rumah kerana suasana lebih menarik serta lebih menikmati makanan dan masakannya.

“Kami jarang makan di luar. Kadang-kadang untuk majlis istimewa bersama keluarga, saya akan panggil Cef datang ke rumah dan masak untuk kami.

“Saya memang akan memastikan Zain dan anak-anak akan makan malam bersama-sama. Kadang-kadang, saya ajak pembantu untuk makan bersama-sama. Tapi biasalah, pembantu lebih selesa makan sendiri,”katanya.

Che Ta berkata demikian di Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka yang berlangsung dari 23 Ogos 2024 hingga 1 September 2024 di SZBLOOMS, Bandar Puteri Bangi baru-baru ini.

Dalam pada itu, tambah Che Ta, dia juga gemar menghias ruang dan meja makan di kediamannya bagi membangkitkan suasana yang menyeronokkan ketika menjamu selera bersama keluarga tersayang.

“”Saya akan buat susunan di meja makan mengikut kesesuaian. Jika tema merah, saya akan gunakan set berwarna merah.

“Jika warna keemasan, saya akan sesuaikan mengikut tema. Bukan sekadar dekorasi meja makan ketika menerima tetamu, malah setiap masa meja makan akan mendapat sentuhan sebab saya memang sukakan sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN