Selepas Angel Dolla, Amir Ahnaf terkait dengan Nasuha?

Selepas Angel Dolla, Amir Ahnaf terkait dengan Nasuha?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amir Ahnaf, tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila dia didakwa telah menghancurkan hati seorang wanita yang kononnya merupakan kekasihnya sejak setahun lalu.

Perkara itu menjadi bualan ramai apabila seorang wanita. Nasuha Azizan membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan Amir di platform Tik Tok, kelmarin.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut menyebut bahawa dia telah menjalin hubungan dengan pelakon filem Kahar Kapla High Council terbitan Astro Shaw sejak 30 Julai 2023.

“Sudah setahun kita kenal. Kini tiba masanya untuk saya pergi memandangkan semua orang tahu awak sudah mempunyai dia dan dengan bangga canang pada semua yang awak bersama dia.

“Setahun aku tunggu dia tanpa tahu bahawa aku bukan sekufu. Yang paling sakit, dia muat naik pasal wanita tersebut selepas jumpa aku.

“Apa pun, terima kasih untuk segalanya,”tulis wanita berkenaan.

Menerusi hantaran yang sama, Nasuha turut memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Amir seolah-olah di dalam rumah termasuk sekeping gambar tangkap layar daripada Instagram Story (Igs) Amir yang memaparkan video anggota kumpulan Dolla, Angel.

Sebelum ini, Amir pernah dikaitkan dengan gosip bercinta dengan Angel namun disangkal olehnya.

Ketika ditanya pihak media dalam sebuah sidang media sebelum ini, pelakon ini mengakui hanya berkawan dengan Angel dan tidak lebih daripada itu.

Perkara mengenai itu juga mula bertebaran di media sosial gara-gara dia hadir ke konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN