Sediakan rantai kunci pengesan demi keselamatan - Haze - Utusan Malaysia

Sediakan rantai kunci pengesan demi keselamatan – Haze

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyampai radio dan pempengaruh, Hazeman Huzir mencadangkan setiap individu supaya memiliki rantai kunci pengesan (keychain detector) sebagai satu daripada langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri.

Menurut Hazeman atau Haze, dengan cara itu seseorang boleh menghantar signal dan jejak kepada individu terdekat kerana alat tersebut menggunakan sistem Global Positioning System (GPS).

“Macam-macam kes yang sedang berlaku yang melibatkan kes hilang. Mula-mula hilang lepas itu bila jumpa orang tu dah tak ada.

“Jadi saya nak ajar korang item yang wujud di pasaran contoh kalau kita hilang, dapat meningkatkan kebolehan orang untuk mencari kita.

“Kalau tengok dekat platform beli belah atas talian, ada satu terma itu nama dia ‘keychain detector’. Maksudnya kalau korang letak alat itu dekat badan, beg ataupun poket, sesiapa sahaja yang menggunakan telefon dan juga aplikasi boleh menjejaki korang walaupun hilang entah ke mana,”katanya.

Selain itu, kata Haze, alat itu juga dipercayai sangat berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil atau pelajar sekolah.

Ia katanya, bagi memudahkan golongan ibu bapa untuk sentiasa mengawal gerak geri anak-anak mereka ketika berada di luar.

“Alat itu dilengkapi dengan sistem GPS. Jadi kalau letak keychain, contoh ada anak, awak tak boleh nak bagi dia iPhone umpamanya bukan, jadi tak payah ada telefon pun sekadar keychain detector kita boleh cari menggunakan aplikasi. Keluarga atau sesiapa sahaja,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya