Ramai salah faham, saya minta maaf - Maryam Younarae - Utusan Malaysia

Ramai salah faham, saya minta maaf – Maryam Younarae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh dan pelakon, Maryam Durian Kimchi tampil menjelaskan perkara sebenar selepas dikecam warganet gara-gara suaminya, Ryzal Ibrahim melakukan lawak ‘double meaning’ menerusi sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Maryam atau nama sebenarnya, Maryam Younarae, itu hanyalah jenaka di antaranya dan suami namun tidak menyangka banyak pihak yang telah salah faham.

“Sebenarnya ketika situasi itu, ada ayat yang saya bercakap dalam bahasa Korea dengan suami. Mungkin orang yang menonton ada salah faham sedikit.

“Jika ada yang rasa sebegitu, saya minta maaf. Saya pun sudah menegur Ryzal.

“Saya harap kita semua tidak menyimpan rasa benci kerana ianya bukanlah sesuatu yang baik,” katanya.

Maryam ditemui pada Majlis Pelancaran Single Blimey berjudul Saranghae Kawanku terbitan XENO di A Quite Place Bukit Bintang.

Selain itu, Maryam turut mengakui, dia sendiri kurang menggemari lawak bersifat ‘double meaning’ itu.

“Saya sendiri pun tak suka lawak ‘double meaning’. Namun, situasi antara saya dan suami dalam video berkenaan ada makna berbeza, bukannya lawak ‘double meaning’.

“Sebenarnya saya tak tahu dan tak sedar perkara itu boleh timbulkan isu. Jka saya tahu, sudah pastinya saya sudah sunting video terbabit.

“Kita semua belajar dari kesilapan. Saya tak rasakan ini sesuatu yang serius, jadi saya akan belajar dari kesilapan,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Ryzal menerima kecaman di media sosial selepas didakwa membuat lawak berunsur ‘double meaning’ ke atas Maryam.

Menerusi video yang dikongsikan semula di aplikasi X, Ryzal bersama Maryam berada di pasar raya untuk membeli barang dapur.

Maryam kemudian berkongsi tips yang boleh digunakan untuk memilih buah tembikai.

Selain dengan cara menepuk-nepuk buah tersebut, antara tips yang boleh digunakan untuk memilih tembukai adalah melihat garisan dan tapak buah terbabit

Namun, respons yang dikeluarkan oleh suaminya itu telah menarik perhatian warganet kerana disifatkan lucah.

“Kalau yang kecil tu macam Rina, besar ni macam Maryam punya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya