Pop Shuvit kembali selepas 13 tahun - Utusan Malaysia

Pop Shuvit kembali selepas 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan rap rock ikonik Malaysia, Pop Shovit kembali bertemu peminat selepas 13 tahun dengan memperkenalkan album terbaru mereka, Phantom Frequencies yang akan dikeluarkan pada 6 September tahun ini.

Vokalisnya, Moots berkata, album terbaru itu akan mengandungi lapan lagu dan memiliki beberapa lagu baharu dan lagi cover.

“Single pertama untuk album itu, Gila Kuasa adalah lagu khas untuk rakyat palestin sebagai tanda sokongan dan simpati kumpulan ini kepada mereka. Lagu ini juga adalah hasil kerjasama dengan Noh Salleh dari Hujan.

“Kami turut bekerjasama dengan artis tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan alnbum ini seperti Yonniboi, Adam Eiman, Sya, Emmett of Butterfingers, Wing Meng dari Love Me Butch, Ray Toro dari My Chemical Romance, Lean Ansing of Slapshock, Dandee dan Allahyarham Jamir Garcia,” katanya.

Kumpulan itu ditemui di parti mendengar ekslusif Phantom Frequenciees di Swee Lee, Lot 10, Kuala lumpur bersama peminat.

Dalam pada itu, Pop Shovit mengatakan mereka sentiasa meraikan kehadiran teknologi dalam membantu menambah kualiti karya musik mereka.

Pemain dramnya, Rudy berkata, mereka menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam memilih judul album terbaru itu.

“Sebenarnya, saya gunakan ‘prompt AI’ mengenai situasi kami yang dah lama tak berkarya. Saya cari judul yang menarik untuk digunakan. Jadi, ada banyak judul yang disenaraikan oleh AI dan saya rasa tajuk Phantom Frequencies ini relevan juga.

“Saya tunjukkan kepada mereka yang lain dan mereka senyap lama juga beberapa bulan. Hanya Uno yang respon, mungkin kami patut buat satu karya. Selepas semua lagu dah siap, kami tengok balik judul itu dan agak sesuai untuk digunakan.

“AI itu membantu untuk cari idea, tapi di peringkat akhir kami berlima masih lagi berbincang dan membuat keputusan untuk gunakan judul album ini,” katanya.

Selain Moots dan Rudy, Pop Shuvit turut dianggotai oleh JD (gitar), AJ (bass) dan DJ Uno.

Album Phantom Frequencies menampilkan lapan lagu iaitu Melaju, Awas (versi KruManic), Marabahaya Underground, Believer, Space Between Us, Over You, Berbisik dan Gila Kuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya