Peserta dan penyanyi baharu perlukan bimbingan - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Peserta dan penyanyi baharu perlukan bimbingan – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menggalas tugas sebagai juri program Tik Tok Live Gimme The Mic Malaysia, Hael Husaini, tidak menolak ia adalah satu peluang baik untuk dirinya berkongsi ilmu mengenai dunia muzik dengan peserta dan penyanyi baharu.

Ini kerana, menurut Hael, dia percaya peserta-peserta itu memerlukan bimbingan daripada penyanyi senior sepertinya dan rakan seperjuangan lain dalam mengatur langkah masing-masing dalam bidang seni.

“Bagi saya, peluang untuk menjadi seorang juri ini saya fikir baik kerana sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi apa-apa ilmu pengetahuan yang pernah diraih sebelum ini.

“Saya percaya ia boleh membantu mereka terutama peserta-peserta dan penyanyi baharu.

“Saya rasa, rakan seangkatan lain pun ada juga berpeluang jadi juri cuma kali ini peluang untuk saya mengajar dan memberi nasihat atau tunjuk ajar kepada pendatang baharu pula,”katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, ditanya mengenai penerimaan peserta terhadapnya, kata penyanyi berusia 36 tahun ini berkata, dia berbesar hati kerana rata-rata mereka mampu memahami dan menerima baik nasihat yang diberikan.

“Alhamdulillah, setakat ini penerimaan mereka sangat baik. Program itu sendiri bagi saya sangat bagus dan saya fikir, kita harus memberikan sokongan yang lebih kepada mereka (peserta-peserta).

“Saya fahami apa yang mereka inginkan kerana dahulu juga saya bermula dengan memasuki program realiti. Jadi bila berada di pentas itu, saya letakkan bagaimana perasaan saya bila di pentas.

“Mereka ini perlukan sokongan dan nasihat supaya segala kelemahan dan kekurangan yang ada semasa melakukan persembahan dapat diperbaiki dengan tunjuk ajar juri,”katanya.

Selain Hael, program Gimme The Mic juga dibarisi juri lain termasuk Yuna, Ajai, dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya