Penyedia bahan kandungan podcast perlu bersikap bertanggungjawab - Amelia - Utusan Malaysia

Penyedia bahan kandungan podcast perlu bersikap bertanggungjawab – Amelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson menasihatkan semua penyedia kandungan podcast supaya bersikap lebih bertanggungjawab dengan setiap bahan yang dimuat naik bagi mengelak isu kontroversi.

Menurut Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, podcast merupakan satu platform baik untuk bertukar pendapat namun perlu pengendali perlu berhati-hati dengan setiap topik yang dibincangkan.

“Saya rasa podcast ini adalah satu medium yang sangat berguna untuk kita berkongsi pendapat tapi kita sendiri kena bertanggungjawablah atas pendapat tersebut.

“Bagi saya kita tak boleh nak salahkan dunia podcast sahaja kerana ia bergantung kepada media sosial juga.

“Kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita cakap tidak kisahlah sama ada di hadapan kamera atau tidak,” katanya ketika ditemui di sidang media filem Harimau Malaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amelia berkata dia terlebih dahulu akan meminta persetujuan tetamu sebelum menyiarkan kandungan di saluran podcast miliknya iaitu Sembang Studio.

Meskipun mempunyai penulis skrip dan tenaga produksi yang hebat, Amelia berkata, dia tetap akan meneliti setiap kandungan bagi mengelakkan masalah berbangkit.

Katanya, ia dilakukan demi menghormati perasaan tetamu undangan agar tidak menyiarkan segala isu kandungan yang sensitif.

“Apabila buat kerja penyuntingan, saya akan memastikan untuk tanya dahulu kepada tetamu dan sekiranya mereka benarkan barulah kami akan siarkan.

“Saya memberi sepenuh ketelitian. Saya sentiasa berjaga-jaga, kadang-kadang saya tapis lebih banyak daripada apa yang diizinkan oleh tetamu sendiri.

“Saya faham akan ada waktunya yang kita akan bercakap dengan emosi. Saya mahu selamatkan program saya dan tetamu yang saya hormati jadi disebabkan itu saya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini turut berpendapat setiap kontroversi yang tercetus sebenarnya bukan hanya melalui podcast kerana ia juga boleh disebarkan menerusi media sosial.

Bagi Amelia, perkongsian yang dibuat mungkin hanya sekadar teknik pemasaran atau realiti kisah hidup yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Sebenarnya isu-isu kontroversi ini tidak ada kena mengena dengan podcast. Cerita kontroversi ini telah wujud dari zaman dulu sebelum zaman digital lagi.

“Pasti ada sahaja penonton yang tertanya-tanya adakah perkara ini kontroversi? Adakah ia dicipta semata-mata ingin menaikkan nama artis itu. Ia bukan fasal dunia digital atau podcast tetapi semuanya tentang teknik pemasaran.

“Kalau penonton masih menonton bahan kandungan itu, maksudnya teknik pemasaran yang dibuat berjaya atau mungkin itu memang realiti yang ingin dipaparkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya