Nabil Ahmad rancang bina madrasah guna rumah lama ibu - Utusan Malaysia

Nabil Ahmad rancang bina madrasah guna rumah lama ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 41, merancang untuk membaiki serta membina sebuah madrasah menggunakan rumah lama ibunya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan.

Perkara itu dikongsikan Nabil bersama Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini selain mengakui projek madrasah tersebut kini sedang diusahakan secara berperingkat.

Jelasnya,hasrat tersebut dizahirkan kerana mahu memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mengikuti dan menjalankan aktiviti kerohanian terutama kelas mengaji Al-Quran.

“Saya ada rancang buat madrasah menggunakan rumah lama mak di kampung. Nak buat tempat kemudahan orang belajar mengaji dan aktiviti kerohanian lain. Bukanlah madrasah besar-besaran sangat pun tetapi cukup sebagai tempat yang selesa.

“Saya nak robohkan semula rumah itu, baiki dan bina semula untuk tujuan itu. Biarlah penduduk dan sesiapa sahaja selesa menggunakan tempat itu kelak.

“Nanti saya nak panggil ustaz untuk mengajar sesiapa sahaja yang mahu belajar mengaji Al-Quran di situ,”katanya.

Tambah Nabil, dia juga berhasrat segala perancangannya akan berjaya dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

“Segala kerja ukur tanah dan sebagainya telah dibuat dan kita doakan semua berjalan dengan lancar,”katanya.

Selain itu, kongsi Nabil, dia juga telah lama membantu menyediakan kemudahan dan kelengkapan untuk jemaah tabligh menerusi sebuah rumah transit yang disediakan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Memang saya ada sediakan satu tempat ala transit untuk mana-mana jemaah tabligh yang mahu berehat sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.

“Saya tak pernah pun beritahu pada orang berkenaan perkara ini sebab tak rasa macam tak perlu nak uar-uarkan pun. Tapi tempat itu sudah lama juga, lebih kurang empat tahun.

“Saya cuba mudahkan mana-mana jemaah. Saya pun pernah rasa situasi itu bila saya sertai jemaah tabligh sebelum ini. Memang ramai jemaah perlukan tempat transit contohnya untuk tempat makan, minum dan tempat tidur,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya