Nabil Ahmad guna nenek LZJ curi peluang bergambar - Utusan Malaysia

Nabil Ahmad guna nenek LZJ curi peluang bergambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyampai radio dan pengacara, Nabil Ahmad meraih perhatian ramai apabila menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai ‘umpan’ untuk mencuri peluang bergambar dengan pemain badminton negara itu.

Nabil berbuat demikian ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Zii Jia Lee beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Yes! Yes! Menggunakan ‘kabel’ nenek, kita berjaya!” kata Nabil dalam video yang dimuat naik di Instagram Era.

Nabil sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama Lee dan juga neneknya meskipun dikerumuni ramai peminat yang turut sama menyambut kepulangan atlet negara itu.

Lee Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula sebelum itu menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya